Tazkirah Jumaat: Fadhilat Solat Sunat Tarawikh… Benar Atau Palsu???


Tazkirah Jumaat kali ini ingin membawa perhatian kepada amalan mengumumkan/berkongsi fadhilat solat sunat tarawikh sepanjang bulan Ramadhan. Cuba kita baca yang berikut (sumber dari sini):

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Hadis palsu fadilat tarawih memang sudah lama tersebar dan sudah ada sanggahan daripada beberapa pihak. Tetapi mohon ulasan daripada ustaz sendiri tentang hal ini.

Jawapan:

Berbicara tentang hadis kelebihan solat tarawih di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak, dari malam pertama, kedua, sehingga ke malam yang ke-30. Hadis-hadis ini sebenarnya hadis yang batil dan palsu, tidak sahih sandarannya kepada Nabi SAW.

Kita perlu berhati-hati dalam penyebaran-penyebaran hadis dan apa jua maklumat kerana sabda Nabi SAW di dalam hadis,

من كذب علي متعمدا ‏ ‏فليتبوأ ‏ ‏مقعده من النار ‏

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (riwayat Imam Muslim)

Jangan semata-mata kita melihat riwayat-riwayat ini disebarkan maka kita katakan ia hadis. Tidak boleh. Kita perlu kenal pasti setiap perkataan yang disandarkan kepada Nabi SAW.

Sesiapa yang berhati-hati dalam menukilkan hadis Nabi, dia juga akan berhati-hati dalam menukilkan perkataan-perkataan manusia yang lain. Tetapi sesiapa yang gagal dalam meneliti dan memastikan hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW itu benar ataupun tidak, dia juga akan gagal dalam memastikan maklumat-maklumat dan isu-isu semasa yang sampai kepadanya itu benar ataupun tidak, berdalilkan firman Allah SWT,

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولً

Ertinya: “Dan janganlah kamu berpendirian dengan apa yang kamu tidak mempunyai ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, kesemuanya akan diminta pertanggungjawaban.” (surah Al-Israa’, 17: 36)

Begitu juga hadis Nabi SAW di mana baginda berpesan,

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Ertinya: “Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan setiap yang dia dengar.” (riwayat Imam Muslim)

Hadis-hadis kelebihan tarawih ini juga telah diwartakan kebatilannya oleh pihak penganalisa dan kajian hadis di peringkat JAKIM sendiri, dan beberapa tempoh dahulu JAKIM telah mengharamkan penyebaran hadis-hadis ini secara meluas.

Sebenarnya terdapat sangat banyak hadis-hadis lain yang sahih daripada Nabi SAW tentang kelebihan ibadah dan kelebihan bulan Ramadhan ini sendiri. Antaranya sabda Nabi SAW,

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

Ertinya: “Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan atas kalian berpuasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa terhalangi dari kebaikannya maka dia telah terhalangi (dari kebaikan).” (riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa-i)

Ini adalah hadis yang sahih, praktikkan dan sebarkan hadis ini. Begitu juga sabda Nabi SAW tentang kelebihan menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan,

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ » .

Ertinya: “Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu”. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Begitu juga hadis-hadis lain tentang tuntutan menjaga akhlak yang perlu kita pelihara, contohnya seperti kata Nabi SAW di dalam hadis,

الصيام جنة، فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب فإن سابه أحد أو قاتله فليقل إني صائم

Ertinya: “Puasa itu perisai, jika seseorang di antara kalian berpuasa, janganlah berkata keji dan janganlah meninggikan suara (berkelahi), dan jika seseorang mencelanya atau memusuhinya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (Muttafaqun ‘alaih)

Maka sepatutnya bulan Ramadhan ini mendidik kita dan menjadikan kita orang yang berakhlak murni, baik dan beretika. Jadikan bulan Ramadhan bulan pentarbiyahan.

Saya bersetuju dan menyokong 100% kenyataan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau baru-baru ini menyatakan bahawasanya jangan jadikan masjid pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini sebagai tempat kita memecah belahkan saff umat Islam. Sebaliknya perpaduan umat Islam secara simboliknya harus bermula dari rumah Allah SWT (masjid).

Maka manfaatkanlah rumah ibadat dan bulan yang mulia ini dengan akhlak yang terpuji untuk kita menyatu-padukan umat Islam.

Wallahu-A’lam.

Nukilan OnDaStreet: Saya percaya, ada lagi yang masih menyebarkan hadis palsu ini. Sampaikanlah kepada mereka yang menyebarkan “fadhilat solat sunat tarawaikh” ini bahawa ianya tidak benar.

Wallahualam…

 

 

 

About these ads

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s