Itulah tajuk artikel Harakahdaily pada 12hb Februari 2012 yang lalu. Berikut adalah artikel penuh Harakahdaily tersebut:
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Tingkahlaku dan kritikan terhadap akidah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves mengungguli tiga daripada lima tangga teratas 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu keenam.
Di tangga pertama ialah sepucuk surat tulisan yang mengisahkan bagaimana penganut Hindu pun terasa tersinggung terhadap Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mengambil kesempatan untuk mencari ‘mileage’ politik ketika perayaan Thaipusam.
Kritikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terhadap Najib yang disifatkannya menggadai akidah menghadiri Thaipusam menakluki tempat kedua carta terhangat Harakahdaily, manakala tulisan blogger Mohd Sayuti Omar mengulas bagaimana Najib tidak peduli nasihat mufti menduduki tangga kelima.
Di tempat ketiga, ialah tulisan kolumnis popular Subky Abdul Latif mengulas penyertaan bekas pensyarah UIA Dr Aziz Bari ke dunia politik.
Perampasan telefon Blackberry ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad oleh pihak polis pula menduduki tangga keempat.
Sesungguhnya Allah Maha Adil.
Akibat terlalu mencari kesalahan orang lain, tanpa disedari pemimpin pembangkang juga dikhabarkan membuktikan kemesraannya. DS Anwar dikhabarkan menyambut perayaan Ponggal untuk menunjukkan beliau juga mesra rakyat. Malah ada gambar menunjukkan beliau diarak dengan kereta lembu dan juga menari tanpa tanda beliau sakit belakang.
Bak kata Ameno World, nilaikanlah sendiri akan perkhabaran ini.
Daripada satu sudut yang lain, andaikata DS Najib dipertikai akidahnya (kerana peristiwa itu), secara tidak langsung apa yang dilakukan oleh DS Anwar juga boleh meletakkan akidah beliau dipertikaikan.
Jika kedua-dua akidah DS Najib dan DS Anwar dipertikai dan menjadikan mereka tidak layak memimpin, siapakah yang wajar diletakkan untuk memimpin rakyat Malaysia?
Atau kita serahkan kepada pemimpin bukan Islam yang pasti soal akidah tidak menjadi persoalan (kerana mereka nyata tidak mengakui tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah)???
Soalan dijalanan: Agaknya itulah sebab pro PKR tidak sebising pro PAS apabila isu ini dimainkan tempohari???