Itulah rumusan daripada twit yang berbalas diantara saya dengan YB Khalid Samad semalam. Ianya bermula dengan saya bertanya beberapa pemimpin PAS, susulan kenyataan oleh Datuk Mahfuz mengatakan UMNO cabaran baru kepada Islam dan Melayu. Berikut adalah rekod antara twit yang pembaca boleh baca sendiri:
Saya sedar dan tahu, susulan twit masih lagi berlangsung dan berbalas diantara YB Khalid Samad, Tun Faisal dan beberapa orang yang lain selepas twit tersebut. Resam bahas politik sejak kebelakangan ini, ianya akan melalut dan lebih menuding buruk pihak lain, tanpa sedar keburukan dan kelemahan diri sendiri. Perlumbaan siapa lebih buruk lebih diutamakan, dan kebaikan tidak dahulukan.
Saya tidak ingin meneruskannya lagi kerana yang penting kini bagi saya adalah untuk Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya memberikan prestasi yang lebih baik daripada Dr Hasan Ali.
Saya juga sedar dan tahu, ramai yang mempertikaikan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri untuk memegang portfolio Hal Ehwal Agama dan bukannya daripada kalangan pemimpin PAS. Setakat ketika ini, saya tidak nampak penentangan daripada PAS (induk mahupun negeri Selangor). Ini bermakna mereka akur dan menghormati keputusan yang diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Untuk itu, saya juga hormat akan PAS kerana menghormati dan mentaati Menteri Besar yang mengetuai pentadbiran negeri Selangor.
Daripada satu sudut, saya kurang bersetuju dengan hujah mengatakan exco Hal Ehwal Agama itu MESTI daripada PAS, kerana PAS bukan Islam, dan PAS bukan Islam. Itu hakikat kerana Islam itu agama, dan PAS itu sebuah parti politik. Oleh itu, jawatan exco itu tidak semestinya dipegang oleh PAS, tetapi mesti dipegang oleh umat Islam.
Ini bermakna, daripada satu sudut yang lain, PAS turut mengakui secara tidak langsung, bukanlah satu kemestian merekalah yang paling arif dalam bab agama Islam dan pentadbiran Islam. Ini bermakna mereka turut mengakui, dalam memperjuang dan memartabatkan Islam, PAS bukanlah satu kemestian, tetapi dipimpin oleh orang Islam yang bukan SEMESTINYA ahli PAS.
Sebelum saya mengakhiri kalam, sebagaimana beberapa twit saya sebelum ini, saya mengharapkan agar Tan Sri Khalid Ibrahim mampu menyertai serbuan-serbuan yang dijalankan oleh MAIS ataupun JAIS, tidak mengira waktu, dan bukannya memantau dari jauh atau dari bilik tidurnya.
Buktikan anda lebih daripada mampu apa yang telah dilakukan oleh Dr Hasan Ali.
Semoga dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu, Islam lebih terbela dan dimartabatkan…
Pembaca juga boleh membaca pandangan daripada Mahaguru58 dan dinturtle.
Soalan dijalanan: Berapa serbuan yang bakal disertai Tan Sri Khalid Ibrahim dengan JAIS mahupun MAIS sehingga tiba masa pilihanraya?








Jan 22, 2012 @ 15:25:26
ODS, menulis
“..Berapa serbuan yang bakal disertai Tan Sri Khalid Ibrahim dengan JAIS mahupun MAIS sehingga tiba masa pilihanraya?”
Itu kah KPI, JAIS dan MAIS serbuan,serbuan, tangkap dan saman?
ODS apakah itu contoh tauladan yang di tinggalkan oleh Rasulullah dan yang Allah ajar kita dalam Al Quran?
Sayyidina Ali r.a. berkata : “Adalah Nabi SAW manusia yang bermurah tangan, manusia yang berlapang dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, manusia yang sangat menepati janji, manusia yang teramat lemah-lembut kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa melihat Nabi SAW dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan barangsiapa bercampur-baur dengan Nabi SAW dengan mengenalnya, nescaya mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi SAW berkata : “Tidak pernah aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi SAW”
JAKIM,JAIS , MAIS dan semua Jabatan Ugama perlu di overhaul agar lebih menepati ajaran Islam dan lebih mesra rakyat. !!!
Jan 22, 2012 @ 15:30:05
saudara arah,
Serbuan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah salah satu usaha untuk membanteras maksiat.
Salahkah saya bertanya berapa serbuan yang bakal disertai? Atau anda rela sarang maksiat tidak diserbu dan hanya menumpu kepada ceramah-ceramah agama semata?
Feb 02, 2012 @ 19:54:48
Preventation is better than Cure!!!!
Dr Hassan Ali,
Anak anak melayu ni belajar di mana dulu ye?
Berapa tahun mereka di Tadika Kemas?
Berapa tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan?
Berapa tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan?
Berapa tahun lagi di Pra U dan U?
Akhbar mana yang mereka baca?
TV dan Radio mana yang mereka dengar?
Mengapa setelah berpuluh tahun dalam system Pendidikan Negara mereka masih tipis Iman dan masih melakukan Zina?
Mungkin bab zina tak masuk kot dalam sylibus kot dan mereka tak pernah di ajar ayat ayat berikut:
Firman Allah Taala :
Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. (Surah An-Nur : 2)
Yang dimaksudkan dengan penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat seratus kali itu ialah khusus untuk penzina yang belum kahwin (Ghaira Muhsin) Ertinya yang belum merasai persetubuhan halal, iaitu dengan cara berkahwin, adapun penzina yang telah berkahwin (Muhsin) hukumnya ialah rejam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis berikut :
Maksudnya : Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW. semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah SAW. pun memanggilnya lalu bersabda : Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin ? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam. (Muttafaq �Alaih)
Kalau kita buat roti atau kueh pun, kalo satu atau dua reject biasalah tu tapi kalo 70% reject pasti ada masalah yang lebih Kronik!!!
Anologi yang sama belaku kepada Kereta Nasional Proton, kalo satu dua yang reject boleh repair tapi kalo dah 50% reject, something wrong with the Management and they have to be KICK OUT of company and replace with new Management team.
Semuga tulisan di bawah memberi kita kesedaran.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/02/nak-jawab-sikit-komen-awang-selamat.html