Tontonilah video klip berikut, dimana Hasnah, seorang rakyat Malaysia yang pada asalnya Islam, telah mengaku secara terbuka akan murtadnya daripada Islam.

 

Di bawah video itu tertulis:

Ini antara kisah umat Islam yang telah dimurtadkan. Dalam klip ini, hamba Allah ini dengan bangganya mengaku keluar daripada Islam. Lebih menyedihkan, Hasnah seolah mempersendakan kedua ibubapanya sendiri kerana mempunyai anak ramai (12 orang anak). Mungkin nasibnya tidak begitu baik, kerana menurutnya dia dibesarkan oleh bapanya yang kaki botol dan kaki judi. Berlatar belakangkan keluarga yang miskin dan gagal mengamalkan Islam dengan baik, inilah ruang dan peluang untuk umat Islam untuk dipesongkan.

Disebabkan kesempitan hidup, tidak hairan hidupnya dan imannya diduga. Nyata, kelembutan rakan-rakan Kristian yang berdakwah kepadanya sedikit demi sedikit memalingkan dirinya daripada Islam. Lebih malang, hidupnya yang tidak benar-benar berlandaskan apa yang dianjurkan oleh Islam, bersuka ria di parti.. tidak hairan bagi dirinya untuk tidak mendapat petunjuk, melainkan dengan izin Allah.

Kisah ini antara satu yang beribu. Dan ini seharusnya membuka mata bagi mereka yang tidak mengakui adanya usaha mengkristiankan umat Islam.

Setiap satu daripada kita bertanggungjawab membantu sesama kita, bukan meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada kerajaan.

 

Persoalan dijalanan: Kenapa ada antara kita yang tidak nampak usaha secara halus ini? Semoga Allah membuka hati dan memberi petunjukNya kepada kita serta tidak memalingkan diri kita daripadaNya. InsyaAllah..

 

About these ads