Tazkirah Jumaat: Kenapa Baca Al-Quran Walaupun Tak Faham Maknanya?


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya kongsikan sebuah kisah. Ianya tertulis dalam Bahasa Inggeris, dan untuk kali ini, saya tidak ingin menterjemahkannya ke Bahasa Malaysia kerana apa yang mungkin ternukil dalam Bahasa Malaysia akan memberi maksud yang lain untuk bakul/ bekas air, dan mungkin tidak membantu mereka yang tidak dapat menggambarkan perbezaan “basket” dan “bucket” (walaupun hakikatnya satu itu boleh ditulis sebagai bakul, dan satu lagi ditulis sebagai “baldi”, bukannya bekas).

Kredit untuk blog ini untuk artikel berikut.

Petikan ini dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk: Why read the Qur’an when we do not understand arabic?

Saya copy terus agar tidak salah penggunaan bahasa saya yang takut membawa kepada makna yang lain.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”

“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

Nukilan OnDaStreet:  Saya percaya, ramai yang membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Mungkin ada antara kita cuma di bulan Ramadhan sahaja yang membuka Kalam Allah itu. Namun, tidak mengapa. Setidaknya ada usaha untuk membaca Al-Quran. Cuma, diharap teruskanlah walaupun Ramadhan berakhir nanti.

Dan mungkin juga antara umat kita ini yang tidak terbuka hati untuk membaca Al-Quran dengan alasan buat apa baca jika tidak faham. Satu alasan yang kelihatan bijak, namun jahil. Sesungguhnya, jika hamba Allah itu tahu akan fadhilat mendengar, membaca Al-Quran, bicara begitu tidak akan berlaku.

Memandangkan tazkirah kali ini sebahagiannya dalam Bahasa Inggeris, ingin saya mengajak pembaca renungkan akan kenapa saya tidak menterjemahkannya ke Bahasa Malaysia. Ada perkataan, apabila diterjemahkan memberi gambaran lain jika tersalah perkataan yang dipilih. Ada kalanya akan memberi gambaran yang berbeza.

Seperti “basket” dan “bucket”, ianya boleh diterjemah kepada bakul, bekas air atau baldi. Namun, setiap satu itu memberi gambaran dan maksud berbeza. Ini yang terdidik dalam diri dan minda kita, dan hakikatnya majoriti kita di sini hanya menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Sepertimana kalimah “God”, ianya adalah terjemahan kepada Tuhan dalam Bahasa Malaysia. Ya, di tanah arab, ada bacaan dan sebutan agama lain menggunakan “Allah” itu  untuk agama mereka selain Islam, namun mereka itu berbahasa Arab, dan mereka mampu membezakan “Allah” itu dalam konteks agama mereka atau tidak.

Namun untuk rakyat Malaysia, yang rata-rata tidaklah memahami perkataan arab, pasti berbeza. Perlu ada ilmu dan asas untuk membezakan mana satu “Allah” yang dimaksudkan bilamana agama lain mahu menggunakan kalimah Allah.

Untuk bacaan ringan sambil berfikir sejenak, silalah baca artikel ini – Najib Meets the Pope.

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini dapat membantu kita menjadi hamba Allah yang lebih baik hendaknya.. InsyaAllah..

Wallahualam…

About these ads

9 responses to “Tazkirah Jumaat: Kenapa Baca Al-Quran Walaupun Tak Faham Maknanya?

  1. ODS
    1. Baca Quran x sama ambil air dengan bakul. Walaupun x faham Arab tapi ganjarannya tetap ada. Rujuklah pada Al Quran dan Hadith bukan logic akal.

    “Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)

    “Siapa senang dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia membaca Mushhaf ini (Al Quran)“ (HR Bukhari)

    “Dikatakan kepada orang yang suka membaca Al Quran : “Bacalah dan mendaki-lah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia, karena sesungguhnya kedudukanmu ada pada akhir ayat yang engkau baca“ (HR Bukhari)

    “Inginkah salah seorang diantara kalian yang kembali ke keluarganya membawa tiga ekor unta yang sedang hamil dan gemuk-gemuk?, kami berkata : Ya, maka beliau bersabda : tiga ayat yang kalian baca dalam shalat kalian itu lebih baik dari tiga ekor unta hamil yang gemuk” (Muslim)

    Saya sertakan link untuk baca dan memahami Al Quran
    http://www.quranexplorer.com/search/

    2. Masih nak pertikaikan lagi isu Allah dan meningkari Al Quran dan Hadith?

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. (Al-Israa’ 17:110)

    Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); (Al-Israa’ 17:107)

  2. Betul,,tidak semestinya tidak tahu maknannya,kita terus tutup Al-Quran.Kalau tak faham,baca yang ada terjemahannya.Bagi umat islam yang tahu baca Al-Quran,diharap jangan riak.

    • saudara arah,
      Saya cuma akan menjawab komen saudara untuk kali ini sekali sahaja, kerana saudara acapkali bersikap hipokrit dan tidak mampu melihat perkara dengan minda yang terbuka.

      Pertama sekali, Tazkirah yang saya ambil ini ditulis secara berkias, untuk difikir dan direnung untuk muhasabah diri. Apakah salah untuk mengambil kisah berkias yang boleh menggalakkan umat Islam mengamalkan perkara yang baik? Untuk Tazkirah ini, ya, saya sedar ianya satu kisah, tetapi apa yang tersirat didalamnya perlu direnung. Apakah salah menggalakkan umat Islam untuk membaca Al-Quran?

      Keduanya, sudah berulang kali saya katakan, tiada nas dan dalil dalam Al-Quran yang melarang. Namun, sudah diperjelaskan bahawa tindakan menterjemah God kepada Allah dalam kitab Bible Bahasa Malaysia mempunyai niat untuk memalingkan umat Islam kepada Kristian. Apatah lagi telah banyak kisah dan insiden umat Islam dimurtadkan dan memeluk agama Kristian.

      Dan bila ianya berlaku, saudara menyalahkan kerajaan. Manusia jenis apakah kamu ini, menyokong usaha murtad dan selepas itu meletakkan salah ke atas kerajaan?

      Ketiganya, saya TERAMAT hairan dengan saudara. Manakan tidak, saudara acapkali menggunakan Bible dalam hujah saudara, akan tetapi kali ini saudara menulis “X boleh samakan antara baca bible dengan baca Quran.” Cuba BACA KEMBALI bagaimana komen saudara yang lepas-lepas? Apakah saudara tidak memberi ayat Bible seumpama Al-Quran?

      Sila JANGAN HIPOKRIT!!!

      Jika perlu, saya tidak ada masalah untuk menunjukkan kepada pembaca komen-komen arah yang menggunakan Bible dalam mempertahankan hujahnya.

      Terima kasih

  3. Di akhir bulan Ramadhan yang mulia ini, silakan, katakan apa saja kepada saya muapun bersikap hipokrit dan tidak mampu melihat perkara dengan minda yang terbuka dll saya tidak akan membuang masa saya untuk menangkisnya.

    Hanya satu pesanan saya.

    ” Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (Muhammad) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih ” (Ali Imran -31).

    Bagaimana contoh dan tauladan Rasulullah menangani Ahli kitab, Yahudi dan Nasrani mesti di ikuti dan di patuhi, andaikata kita benar benar mencintai Allah dan Rasullullah.s.a.w. Apakah kita lebih bijak dan hebat dari Rasulullah.s.a.w ?

  4. Terima kasih ODS kerana menyingkap tulisan saya yang lama . Harusani pun menyingkap kisah 13 tahun lalu.

    Harussani: Saya pernah syor Mahathir ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’
    August 24, 2011

    Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Namun jelas Mufti Perak ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

    “Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

    “Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu… bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain… tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

    Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

    Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

    MENYUSUL LAGI
    malaysian insiders

  5. salam,

    sy tk nak komen. just copy and paste je ayat2 allah.

    surah 44 (ad dukhaan )
    58. Sesungguhnya Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran.

    surah 45 (Al Jaatsiyah)
    20. Al Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.

  6. Assalamu’alaikum warahmatullah…
    Alhamdulillah on da street initiated to write blog with tazkirah, dan alhamdulillah ada jugak yg tergerak hati utk baca wpun with negative feedback.
    First, saya nak bg feedback psl cerita tu dulu. Cerita tu hanya sbg metafora je, jadi sapa2 pon boleh guna utk fhm konsep bhw sst bacaan tu(I.e al Quran) boleh mbersihkan jiwa yg kotor. InsyaAllah kpd yg x fhm, boleh faham

    Yg kdua sy nak respon kpd yg bg pndpt bhw nak terang kepada org ttg alQuran, kenapa x guna alQuran? Hmmm sbbnya bro, alQuran tu dah lama ada, kalu dia nak tgk dah lama dia tgk. Soalnya kdg2 ada yg berfikir hanya dgn logik akal, dan utk org yg hanya guna logik akal, kita hujah dgnnya guna logik akal. Betul?

    Yg ketiga, sy nak bg pndpt ttg percanggahan pndpt antr tuan punya blog dgn sdara yg respon tuh.. Astaghfirullahal’azim… Apa yg jadi sbnrnya? Kalu boleh tuan punya blog delete komen2 tu, tolonglah delete. Malu bila dibaca org. Kita ni sama2 Islam. Sama2 nak org syg Allah dan Rasulullah, tp jelasnya kita x pulak ‘project our believes thru our action’. Asal tadikan kita nak org fhm knape baca Quran wpun x fhm, tapi kenapa hujungnya ada selaran2 yg kalu dibaca org, mereka mungkin bagi persepsi ‘kenapa nak kena baca Quran? Sedangkan org yg kata faham dan amalkan Quran itu saling berpecah dan berbalah?’…
    Saya ni, cuma satu org tua yg dangkal ilmu dan pngalaman, mgkn x pndai dan bnyk hujah mcm tuan punya blog dan org2 lain yg baca blog, tapi insyaAllah saya penah dpesan guru, katanya Allah dan Rasulullah syg org2 yg syg saudaranya lbh dari dirinya sndri, lagi pula, buat apa berbalah soal remeh temeh? Sdgkan dlm msyrkat kita ada bnyk lagi soal aqidah yg blom selesai, wallahu’alam.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s