Skandal Video Seks Anwar Ibrahim… Satu Lagi Konspirasi?


Kecoh bukan kepalang akan pendedahan video seks yang dikatakan membabitkan DS Anwar Ibrahim. Hanya kerana video itu, banyak kenyataan dan laporan akhbar dikeluarkan.

Menurut BERNAMA, DS Anwar mendakwa ianya satu lagi konspirasi terhadapnya.

Anwar Dakwa Video Lucah Babitkan Dirinya Satu Lagi Konspirasi

PETALING JAYA, 21 Mac (Bernama) — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Isnin menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata:”saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan”.

Anwar juga berkata pada 21 Feb lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan FB (Facebook).

“Pada waktu itu saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena ‘hack’. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya tetapi perutnya lebih buncit daripada saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata:” Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya.”

Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Feb tahun ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata beliau belum lagi melihat video berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau terkejut dengan permintaan yang menggesanya meletak jawatan sebagai presiden PKR.

“Apa yang saya dah buat?. Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya heran kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik,” katanya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada PKR

Di Harakahdaily pula DS Anwar gesa henti segera politik kotor, lucah

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau serta keluarga.

Beliau berkata, visual yang ditayangkan tengah hari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tayangan tengah hari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.

“Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB),” katanya.

Menurutnya, fitnah terbaru itu muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas.

Beliau menyifatkan kerana terdesak musuh politiknya, terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi beliau.

Ini juga, katanya bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihan raya negeri Sarawak.

Menurutnya, musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud.

Maka, katanya tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik

Samada benar DS Anwar betul terlibat dan pelaku didalam video tersbut, hanya Allah dan pelaku dalam video itu lebih mengetahui.

Berdasarkan dua kenyataan akhbar diatas, kelihatan DS Anwar tiada tanda-tanda dirinya bersalah. Apatah lagi apabila melihatkan rakaman video daripada Malaysiakini:

Jika mengambil kira apa yang dinyatakan DS Anwar, alangkah indahnya politik tanpa membunuh karakter mahupun menyentuh peribadi pemimpin dan ahli politik. Itu pun JIKA.

Ini kerana hakikatnya, Pakatan Rakyat yang lebih banyak bertindak untuk membunuh karektar pemimpin dan ahli Barisan Nasional. Boleh dibilang dalam terbitan mereka akan memburukkan peribadi pemimpin dan ahli parti politik dalam Barisan Nasional. Pendedahan-pendedahan ini dibuat atas nama memberitahu kebenaran (biarpun mengaibkan.. patah lagi jika ianya fitnah). Lebih menyedihkan, PAS yang didakwa begitu Islamik tidak terlepas daripada mengaibkan atas nama mendedahkan kebenaran.

Apa yang menambah kejelikan terhadap apa yang dinyatakan oleh DS Anwar Ibrahim dalam video klip tersebut adalah tentang membuka aib, jika ianya fitnah, tiada usaha mereka untuk memperbetulkan mahupun memohon maaf. Jika pun mereka mendakwa media perdana juga bertindak begitu (andainya ada), apalah salahnya Pakatan Rakyat bertindak dengan lebih mulia dengan memohon maaf?

Namun, persoalan utama tetap satu kini…

Adakah ini satu lagi konspirasi jahat terhadap DS Anwar? Kenapa begitu banyak sangat konspirasi terhadap hamba Allah yang seorang ini? Serasanya, jika dilihat kepada bilangan konspirasi yang didakwa untuk menjatuhkan DS Anwar, maka layaklah kita letak DS Anwar sebaris dengan Adolf Hitler yang pasti melalui dan mengharungi banyak konspirasi dan juga cubaan bunuh.

 

Soalan dijalanan: Benarkah DS Anwar si pelaku seks dalam video tersebut?

 

 

About these ads

31 responses to “Skandal Video Seks Anwar Ibrahim… Satu Lagi Konspirasi?

  1. Al-Humazah : 1
    “Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah”
    Fitnah
    An-Nur : 19
    “Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui.”

    Fitnah
    Al-Isra’a : 36
    “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya.”

    Fitnah
    Al-Baqarah : 191
    “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan”

    Fitnah
    An-Nur : 23-24
    Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.

    Al-Buruj : 10
    Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

    Khutbah Rasul Allah di Mekah
    23 / 2 / 632
    “Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah.”

    Dari Imam Ghazali
    “Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali.”

    Dari Imam Al-Mawardi
    “Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor”

    Dari R. Muslim
    “Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat.”

    Daripada Abu Huraira, Termidzi:
    “Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri”

    Daripada Al-Nabari:
    “Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam”

    Daripada Al-Nabari:
    “Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya”

    Cakap benar
    Pepatah arab:
    “Wa ma a’layna illal balagh”
    —->>>Tiada beban bagi kita melain untuk bercakap benar.

    Pembohong
    Al-Imran:
    Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

    POSTED BY HASHIM YAACOB AT 6:31:00 PM

  2. Terima kasih diatas ayat-ayat diatas. Semoga DS Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan mengambil pedoman daripada komen anda.

    Begitu juga harap dapat dijadikan pedoman dan peringatan buat pembaca.

    Terima kasih

  3. Tidak kira benar atau tidak itu anwar. sebagai orang islam jagalah keaiban saudara kita sendiri jika sekalipun dia bersalah atau terlibat secara langsung.

    Yang menjadi satu persoalan jika kenapa selepas rakamn tersebut dimiliki tidak dibuat laporan polis. antara laporan pertama dakwa pemilik video tersebut kerana memiliki video lucah.

    kedua jika dalam rakaman itu orang islam dakwa dia di mahkamah syariah… tapi sampai la ni aku tak dengar pun ada orang buat laporan polis berkaitan pemilik video tersebut…

    • Saudara,
      Jika mengikut kepada apa yang disampaikan di sesetengah blog, penyimpan video itu memberikan tempoh dan masa kepada DS Anwar untuk berundur (jika tidak silap saya).

      Selain itu juga, jika menurut kepada video klip dalam artikel ini juga, DS Anwar dikatakan memiliki banyak bukti-bukti. Kenapa beliau tidak juga membuat laporan polis? Bagaimana pula dengan DS Anwar yang berlengah untuk memberikan kerjasama agar namanya dapat dibersihkan daripada tuduhan meliwat? Bagaimana pula dengan tindakan DS Anwar menulis dan mengaibkan Saiful ketika masih dalam perbicaraan?

      Saya bukan anti DS Anwar. Cumanya beliau tidak adil apabila keadaan tidak memihak kepadanya. Begitu juga PAS bagi sesetengah perkara. Mereka berpewatakan lebih Islamik, lebih alim daripada yang lain.. tetapi mereka ini selalu tidak menunaikan apa yang dikatakan mereka sendiri.

      Baikkah itu untuk Islam? Baikkah itu untuk kesejahteraan dunia akhirat?

  4. macam tak biasa pula dengar cerita amput mengamput ni. bertaburan anak melayu mampus di tong sampah…nasib badan awak anuar..jadi glamour pula. lain kali lepas amput letupkan dengan c4.

  5. Cukup ler Anuar dgn lakonan hebatmu..simpanler video tu x payah nk kata UMNO dok buat fitnah..selesaikan masalah DNA dulu,…jika DNA terbukti anuar x bersalah…dh keluar lagi isu video nie maka boleh ler dikatakan UMNO buat konspirasi ..jd skrg siapa yg fitnah dan konspirasi yg zalim nie?????…saja nk bawa isu nie kat pilihanraya serawak untuk memburuk2kan UMNO demi meraih undi dgn isu hangat nie..buang masa jer nk mgkaji kesahihan video nie..mmg sah bukan Anuar..itulah Fitnah dan konspirasi Anuar Ibrahim dalam lakonanan nyer untuk berjaya mnjadi PM…

    • Jangan jadi bodoh untuk menyerahkan DNA.. kalau serah DNA.. sure ia akan di manipulasi oleh pihak tertentu. Pikir2 lah sendiri, mungkin ada beberapa sebab DSAI tidak mengikut kehendak itu. Sebab DSAI pasti akan dijatuhkan..

      • Daripada komen anda, anda begitu memandang tinggi akan DS Anwar Ibrahim.

        Jika begitu, boleh saudara bagi cadangan bagaimana untuk membuktikan DS Anwar tidak bersalah? Jika semua bukti akan dimanipulasikan, sudah tentu kes ini telah lama diselesaikan dan DS Anwar telah dijatuhkan…

        Akan tetapi, adakah ianya berlaku?

  6. Dunia dunia dunia…

    Manusia tidak takutkan Allah…manusia bertuhankan syaitan…

    Tidak takut pada Fitnah & tidak bersifat baik…

    Jika bukan anwar — fitnah berleluasa

    Jika betul Anwar — mengaibkan manusia, Bukan cara mendidik yang baik…

    Kerajaan sekarang melaksanakan undang2 bukan untuk mendidik tapi merosakkan akhlak manusia…

    Amiklah contoh Rasulullah :

    Datang nya seorang wanita kepada Rasulullah, wanita itu berkata ‘Aku telah melakukkan zina dan telah mengandungkan anak luar nikah’ kata wanita itu lagi….hukum la aku ya Rasulullah…

    Kata Rasulullah…Aku akan hukum kamu, datang lah kepadaku 6 bulan lagi

    Setelah 6 bulan, wanita itu dtg kepada Rasulullah….nabi melihat kandungan wanita itu dalam keadaan baik dan sihat….lalu rasulullah berkata….lahirkan la dulu anakmu di kandungan itu…kemudian jumpa aku….

    Setelah lahirnya anak wanita itu…lalu wanita itu sekali lagi berjumpa rasul untuk menerima hukuman….Rasulullah pun melihat anak nya dalam keadaan baik dan sihat….kemudian rasul berkata….berikan laa susu mu kepada anak mu ini selama 2 tahun….dan kemudian datang laa berjumpa aku…

    Setelah 2 tahun…wanita itu dtg utk menerima hukuman atas perbuatan jahatnya…nabi pn melihat anaknya sihat dengan baik….lalu nabi berkata lagi…jaga la anak mu sehingga dia besar…kemudian datangla kepada ku utuk hukuman…

    Setelah 7 tahun anaknya membesar, wanita itu dtg lagi berjumpa nabi utk menerima hukuman…setelah itu, nabi berkata,segala dosa-dosa mu itu telah terhapus kerana kamu telah berjaya menjaga kandungan,anakmu itu dengan baik sehingga die membesar dengan baik….aku tidak akan menghukum kamu…didiklah anakmu dan bertakwa lah kepada Allah…

    Inilah bentuk didikan yang baik….Hukuman itu adalah guide line sahaja…tetapi cara melaksanakan itu hendaklah berhemah dan berhikmah…membentuk peribadi takut kepada Allah…

  7. Lu pk la sendiri….
    suruhla ulama2 alif mim wau nun pi jumpa Dr. Yusof Al-Qardawi…
    agak2nya apa ulama ni akan kata pada mereka….

    DNA tu nak ambik, buat replikasi/duplikasi then calit kat bantal, tilam dan tut…
    BTW macamana ada banyak kesan DNA kat tut tu….Datuk mana pula balun tu bro Sepul tu…

    Undang2 Syariah/Islam ada x mau guna…nak guna undang2 kafirun juga…
    Sebab apa …sebab dah tau dah x boleh nak dakwa…bukti x munasabah.
    Pi la mengaji, carila ilmu, lepas tu nilai la mengikut ilmu/fakta

    Ilmu tanpa iman, gelaplah bro

  8. Pingback: Skandal Video Seks Anwar Ibrahim: Siapa Bakal Lagi “Buncit”? « On Da Street·

  9. Aku bukan apa….kalau lah betul anwar tu bersalah….biarlah ia diketahui umum..tak boleh ditutup perkara ini sebab hajat anwar adalah besar sangat..mahu menjadi PM Malaysia.Kalau dia setakat nak jadi D.O dan dia memang orang yang minat buat benda tu..mungkin kita boleh bagi dan lepaskan dia..bagi peluang orang kata…tapi untuk jadi PM ..aku tak sanggup beb….itu kerja kaum Lut tuuuuu…..budak sekolah SPM pun tahu…bakal laknat allah.

    Cuba nilai kes ini dari apa yang berlaku di mahkamah…..macamana kekawan….benarkah anwar tak buat perkara tu?walaupon tak ada 4(mahkamah syariah kot guna ini)saksi kalau mahkamah boleh buktikan dengan kaedah sains kes ini saya boleh terima klerana sains juga haq allah..dia yang cipta sains…DNa,ibujari,jenis darah etc

  10. hahaha,

    wahai saudara3 yg mengucap 2 kalimat syahadah ku disini…

    mari sahut pandangan ku yang tidak berapa berilmu ini…

    cuba kalian fikir, kalau anwar jatuh siapa yang dapat manfaat ?

    cuba fikir lg, kalau anwar tidak dpt dikalahkan dgn kes ini, siapa yg dpt manfaat nya lg ?

    jd, disini pasti nya ada tiga pihak…mengapa tiga ?
    1) pihak yang ingin kan dia jatuh
    2) pihak yang inginkan seseorang/1 parti tewas dgn kes ini..
    3) adalah pihak yang tersembunyi..cuba untuk memprovok kedua-dua pihak diatas agar bertelagah sesama mereka..(maybe dua2 berpakat)

    *fikir dgn tenang dan segenap penjuru dunia politik sekarang dont miss even once..

    jd, setelah dpt jwapan nya, pokok pangkal kes ini……

    tetap x boleh lari dari FITNAH dan TUDUH-MENUDUH dan MEMBUKA AIB…

    adakah anwar dan musuhnya berpakat ? mungkin ya mugkin tidak,
    adakah musuh-musuh anwar berpakat ? mungkin ya mungkin tidak.
    adakah anwar dan sekutunya berpakat ? mugkin ya mungkin tidak..

    dan, siapa TARGET yang mereka nak AIM untuk kes ini ?
    adakah najib ? adakah anwar ? adakah parti ? adakah ahlun3 politik ?

    JAWAPANYA : TIDAK SEMUA di atas, tetapi di bawah…

    100% TRUE ANSWER = RAKYAT !

    terkejut ? tidak mengapa, sya cuma nk rumuskan…

    kenapa rakyat ? rakyat yang bagaimana ? mengapa mesti kami(rakyat) ? bukan mereka ?

    jawapan nya ada dlam FIKIRAN kamu…
    fikirkan dan renungkan…..

    ayuh bangkit saudara ku yang mengucap 2 kalimat syahadat…
    jgan biarkan mereka memakan MINDA-MINDA mu sedikit demi sedikit….

    (*sya ni polis juga, tp polis bebas hihi)

  11. semua pekara tu tak masuk akal bro…..tak senang hamtam lubang buntut manusia bro…..mana mungkin anuar dapat amput lubang buntut saiful…..mau buka seluar saiful pun anwar tak larat……….video seks anwar???? Pa pula kita mau gago……..Anuar pun manusia jua…..dia mau hamtam siapa tu hak diak lah bro……yang orang pandai2 ambil skoding dia pa sal???? bodoh orang spt tu……..dia sendiri pernah hamtam budak so pa macam bro…..

  12. Pingback: “Mitos” Skandal Video Seks Anwar Ibrahim v “Skandal” Bible Bahasa Malaysia « On Da Street·

  13. Kalau kena kat batang hidung sendiri semuanya “FITNAH” belum apa apa lagi dah riuh kempen kat rakyat…kata konspirasi UMNO.
    Rakyat terutamanya Melayu memang suka dengan orang yang suka melawan , kalau dengar sesaper jer kempen cakap boleh bagi bonus..boleh turun harga petrol ..boleh baca sikit-sikit ayat Quran (tak kisahlah kafir tak mandi junub pun)mesti kena sokong…
    Saya mulanya ok jer ..sokong gak kat Anwar dengan PAS ni..tapi bila dah bersatu hati dan cinta dengan DAP ni…memang bodohlah kalu sokong lagi…pening pikir cam ner ada orang Melayu boleh setuju kawin dengan DAP .

  14. Kepada org pembangkang.hang wat lok lak apa.Org melayu suka cara pemerintahan sekarang.Banyak rasuah.banyak disko.banyak kroni.itu semua utuk melayu jugak.Biar la kami wat fitnah.bagi pemimping hang jatuh.Wakil2 kami byk terima duit dri wakil atasan.tapi itu semua utuk org melayu.Korang tahu pemimpin kami dulu yang berjuang memerdekan Tanah melayu.Pemimpin hang pa wat apa?walaupun dulu dorang xkaya.sekarang kaya raya makan duit rakyat.itu berbaloi dengan pengorbanan dorang.korang dengki ker?ni lah org melayu.belajar mls.kerja kuli mau komdem org berjaya.

    Korang kalau xpuas hati.Time pilihan raya pon kalah.apa mau cerita lagi.rakyat xsokong korang la.TV MEDIA surat khabar semua kami pegang.Tabur fitnah kat korang semua percaya.Korang sapa la nak dengar?haha.xde kuasa nak berpolitik.ceramah jer kena gempur.siarkan cerita betul tentang penyelewengan kerajaan akbhar korang kena Gam.HAHAHAH.tu belom lagi fitnah kat kerajaan.haha.kerajaan negara dunia ke 3 memang camni.korang kena paham.xpernah negara dunia ke 3 tumbang dalam pilihan raya kecuali negara india tau.Sebab ape?rakyat malaysia senang diperboidohkan oleh kami.hahaha.org kg lagi senang nak dibudak2 kan.hahah.bg beras free dan subsidi baja free.dorang kompem undi kami.hhaah.kalau korang nak siarkan tulisan ni dorang xkan percaya.dorang akan katakan ni tulisan pemnangkang nak jatuhkan kerajaan.kami pegang kuasa.korang ada ape?hahahah.

    • nyata ini bukan pejuang BN yang sejati…

      Janganlah begitu, penulis komen ini. Saya approve komen anda untuk mebiarkan pembaca meilai sendiri…

      Sekian, terima kasih

      • Sumpah laknat tidak ikut syariat – Presiden IKRAM
        THURSDAY, 05 MAY 2011 14:38

        SERDANG – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan bahawa sumpah laknat yang digunakan untuk membuktikan tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang, tidak mengikut prosedur pembuktian jenayah dalam Islam. Beliau menegaskan perkara tersebut ketika ditemuramah Malaysia Harmoni mengenai sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Bandar Baru Sentul baru-baru ini.

        “Sumpah laknat itu tidak mengikut prosedur pembuktian jenayah dalam Islam, mempermainkan prosedur perundangan Islam.”

        Menurut beliau yang juga bekas pensyarah bidang Ekonomi Islam, pengkhususan bidang Fiqh, Usul Fiqh dan Siasah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), perundangan Islam dalam hukum qazaf telah menetapkan bahawa tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang mesti dibuktikan dengan empat orang saksi. Jika gagal membawa saksi, orang yang menuduh akan dikenakan sebatan 80 kali dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya.

        “Dalam qazaf, (yang menuduh) tidak boleh bersumpah, kena bawa empat saksi. Kalau tidak, (yang menuduh) boleh dirotan 80 kali.”

        Beliau menambah, sumpah laknat atau mubahalah yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah berkaitan dengan aspek akidah iaitu cabaran kepada pengikut Nasrani supaya sama-sama bersumpah bagi membuktikan dakwaan mereka adalah benar di sisi Allah subhanahu wataala tentang Nabi Isa alahissalam secara khusus. Laknat Allah akan ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta dalam dakwaan mereka menerusi sumpah tersebut.

        Menurut beliau lagi, sumpah laknat yang dilakukan Datuk Eskay bercampur aduk antara mubahalah dengan qazaf, antara aspek akidah dengan jenayah tuduhan berzina. Ia tidak boleh diguna pakai dalam perundangan Islam. Mubahalah dan qazaf mempunyai prosedurnya masing-masing.

        “Setiap kes (dalam Islam) ada prosedurnya yang tersendiri,” tegasnya.

  15. ASSALAMUALAIKUM WBT.

    DIDALAM DUNAI YANG FANA INI KEBANYAKAN MANUSIA MEMPERCAYAI PERKARA2 YANG BURUK DARI YANG BAIK. WAHAI KAWAN2 KU YANG DI SAYANGI…..KITA SEMUA DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT. AKAL FIKIRAN YANG BAIK DAN SEMPURNA. JADI KITA FIKIR LAH DAN GUNAKANLAH AKAL FIKIRAN KITA BERLANDASKAN IMAN DAN ISLAM. SABDA NABI SAW :
    “Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat.”
    DALAM HAL ANUAR INI… WAHAI KAWAN2 KU, KITA PERLU BERFIKIR DENGAN MENGGUNAKAN OTAK DAN AKAL FIKIRAN KITA SENDIRI. ZAMAN SEKARANG KITA TIDAK BOLEH MEMPERCAYAI SESIAPA PUN JIKA KITA TIDAK MENGENALINYA. KITA TIDAK PERLU MENDENGAR APA ORANG KATA DAN TERUS MPERCAYAINYA. CUMA KITA MEMIKIRKAN APA YANG ORG PERKATAKAN. “Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah”
    DALAM HUKUM ISLAM JIKA KITA TIDAK DAPAT MENUNJUKKAN 4 ORG SAKSI YANG MELIHAT DENGAN MATA KEPALANYA SENDIRI KITA TIDAK BOLEH MENGATAKAN ORG ITU TERUS BERSALAH. KITA JUGA MESTI BERANGGAPAN ORANG ITU BERSIH DARI PERBUATANNYA. WAHAI KAWAN2 KU KAMU FIKIRLAH DENGAN MATA HATI MU YANG MELAFASKAN TIADA TUHAN SELAIN ALLAH. NABI MUHAMMAD SAW. UTUSAN ALLAH ADKAH KAMU INGIN TURUT MAHU BERDOSA BERSAMA ORANG YANG MEMBUAT DOSA. BERSIHKAN LAH HATI MU DENGAN MENGINGATI ALLAH SWT. JANGAN LAH KAMU BIARKAN FIKIRAN MU DIKOTORI DENGAN KATA2 DUSTA YANG BERLELUASA PADA ZAMAN INI. ORANG YANG BERIMAN TIDAK AKAN DAN TAKUT PADA ALLAH SWT.TIDAK AKAN MENGHEBOH KAN KEAIBAN SESAMA MUSLIM. KITA HANYA HAMBA ALLAH SWT YANG LEMAH DAN HANYA DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARI MELAKUKAN DOSA SETAKAT YANG KITA MAMPU, BERDOALAH KEPADA ALLAH SEMOGA YANG BENAR TETAP DENGAN KEBENARANNYA DAN YANG BATIL TERBUKTI KEBATILANNYA. SETIAP MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARI MELAKUKAN DOSA. BERTAUBAT LAH KEPADA ALLAH SWT. IKUTLAH SUNNAH RASUL SAW DAN BERPEGANG LAH PADA AL-QURAN DENGAN SEIKHLAS HATI. NESCAYA KAMU AKAN DAPAT JAWAPANNYA . INSYAALLAH……….

  16. Ini semua konspirasi yang diwujudkan atas niat yang busuk. Semakin beliau respon, semakin teruklah keadaanya.

  17. Henti politik hina, selamatkan maruah rakyat

    KUALA LUMPUR, 6 Mei: Para pemimpin dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat
    serta lebih 80 NGO, hari ini sebulat suara menzahirkan kemarahan
    mereka terhadap perkembangan dan krisis ekonomi, sosial budaya dan
    politik kotor yang semakin parah di tanah air.

    Mereka dengan tegas mengutuk penularan gejala politik yang tidak
    sihat, budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik, sehingga
    mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela,
    malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik
    pihak tertentu.

    Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka amat
    kesal kerana penyebaran bahan lucah dalam bentuk amat menjijikkan,
    ditambah pula dengan usaha penyebarannya secara meluas dalam media
    massa, sudah sampai ke tahap menjadi barah negara.

    Menurut beliau, perkembangan tidak sihat itu jika tidak dibanteras
    akan mengakibatkan seluruh masyarakat menjunam ke gaung kehinaan.

    Katanya, mereka ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah mual dan
    sangat tersinggung terhadap mereka yang terlibat dalam kehinaan
    mengaibkan keperibadian seseorang, tidak kira siapa pun beliau, semata-
    mata hanya kerana bernafsu untuk mengekalkan kuasa.

    “Rakyat Malaysia belum pernah dihadapkan dengan politik sehina seperti
    yang berlaku sekarang. Malah persaingan politik sepanjang mencapai
    kemerdekaan 53 tahun lalu tidak pernah mencecah ke tahap politik kotor
    dan jahat keterlaluan seperti yang sedang dipaparkan sekarang,”
    katanya.

    Ketika berucap pada perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat di dataran
    Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini, beliau menyuarakan
    kekesalannya dengan penyebaran secara sengaja bahan-bahan lucah itu.

    “Ia ternyata bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat,
    sehingga menyebabkan rakyat terpaksa melihat bahan murahan yang
    menghina pemikiran dan nilai budaya keseluruhan warga Malaysia,”
    katanya.

    Perhimpunan aman itu dianjurkan oleh Gerakan Saf Anti Rasuah (Saf) dan
    turut disertai parti-parti politik serta lebih 80 NGO termasuk Teras,
    Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat
    Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy), Insititut Penyelidikan dan
    Pengembangan Syariat dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

    Perhimpunan yang turut mendapat kerjasama Gabungan Pemuda Pakatan
    Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala
    politik fitnah dan lucah di tanah air itu diadakan selepas solat
    Jumaat, dengan disertai lebih 1,000 orang dari seluruh Kuala Lumpur,
    Selangor dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

    Sebelum itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
    Malaysia, Rozan, ketika berucap turut menzahirkan kemarahannya kerana
    ketika rakyat perlu berfikir jernih dan matang untuk memacu
    pembangunan negara segara secara sihat dan beradab, pemimpin negara
    pula membiarkan budaya politik lucah untuk menjadi santapan rakyat
    setiap hari.

    “Akibatnya, persoalan-persoalan pokok negara yang sepatutnya ditumpu
    kini berkecai oleh politik murahan dan menjijikkan,” katanya.

    Manakala Pengerusi Saf yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu
    (Teras), Azmi Abdul Hamid ketika berucap menyuarakan kekesalannya
    dengan seluruh institusi awam dan swasta dalam negara termasuk polis,
    Jabatan Peguam Negara, Jabatan Agama Islam, institusi kehakiman,
    Menteri Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri.

    Turut dikesali seluruh Jamaah Menteri Kabinet, institusi mufti,
    Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, media massa awam
    dan swasta kerana kini berada dalam kedudukan sangat tercemar, akibat
    kehilangan wibawa dan integriti untuk bertindak menangani isu politik
    lucah.

    Katanya, mereka menyatakan kemarahan mereka kerana pihak berkuasa
    dilihat bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan amalan jijik
    itu, tanpa tindakan segera menangani isu penyebaran bahan lucah
    berdasarkan undang-undang sedia ada.

    “Kami menyatakan kemarahan kami lantaran pihak berkuasa yang diberikan
    mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf yang diperuntukkan dalam
    Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan sehingga
    kini tidak dilaksanakan.

    “Apakah yang menyebabkan pihak yang berkuasa ini seolah-olah tidak
    bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton sahaja kepada
    jenayah dilakukan secara jelas itu,” tegasnya yang juga Setiausaha
    Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura).

    Beliau menegaskan, mereka merasakan kemarahan rakyat adalah wajar
    kerana bukan sahaja agensi yang sepatutnya menguatkuasakan undang-
    undang Islam kini dilihat mandul, malah integriti dan wibawanya pun
    turut terjejas.

    “Kami menzahirkan kemarahan kami kerana isu politik lucah ini sudah
    diabsahkan sebagai budaya politik yang akan diwarisi oleh generasi
    muda yang bakal mengambil alih kepimpinan negara,” ujarnya.

    Sebelum itu, beberapa orang pemimpin NGO ketika berucap turut
    menzahirkan kekesalannya kerana pernyataan ulama yang menegur supaya
    pihak berkenaan menghentikan amalan mengaibkan peribadi seseorang
    tidak diendahkan sama sekali oleh mereka yang terbabit.

    Malah lebih parah lagi, ia disemarakkan pula oleh media arus perdana
    yang bertindak biadab dan menonjolkan budaya jahiliah kepada seluruh
    rakyat di dalam dan di luar negara.

    Ucapan mereka turut diselang-seli dengan pelbagai laungan kutukan
    terhadap Umno dengan kata-kata “Hancur Umno” dan ucapan-ucapan lain,
    termasuk kutukan terhadap media tertentu yang turut memainkan peranan
    menyebarkan budaya politik fitnah dan lucah di dalam negara.

    Sementara setelah penyerahan memorandum yang mengandungi tuntutan 10
    perkara kepada pihak Jawi dilakukan, Dinsman turut menyuarakan
    kekesalannya dengan membacakan sajak.

    Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan
    Muhammad Hassan yang turut menyertai perhimpunan itu bersama sekitar
    300 rakan pelajarnya, ketika berucap menzahirkan perasaan mualnya
    dengan budaya politik hina di tanah air sekarang.

    “Kami selaku generasi muda dan golongan pelajar tidak boleh menerima
    sekali-kali budaya politik hina, jijik, lucah, fitnah seperti sekarang
    dan mendesak agar semua itu dihentikan segera demi kepentingan
    negara,” tegasnya.

    Sempena himpunan aman itu, turut kelihatan pelbagai sepanduk yang
    dipamerkan oleh para peserta yang kesemuanya mengutuk keras budaya
    politik fitnah, lucah yang sedang berlaku dengan berleluasa di tanah
    air kita sekarang.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s