Peperiksaan UPSR dan PMR Wajar Dimansuhkan


Itulah topik untuk Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri antara Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI), Gombak dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban. SBPI sebagai pihak kerajaan, SDAR sebagai pembangkang.

Debat ala parlimen bukan sesuatu yang baru antara sekolah, malah format ini sudah diperkenalkan lebih 10 tahun yang dahulu (nota ODS: Terima kasih kepada Dawai Kokot.. saya pun sudah lupa tahun sebenar ia bermula..terima kasih :) ). Terus terang, saya kagum dengan perkembangan kualiti persembahan bahas yang diberikan dari tahun ke tahun. Dan untuk pertandingan akhir kali ini, pemenang boleh datang daripada kedua pihak.

Yang nyata, topik yang diberikan berat (memandangkan ianya isu semasa yang agak panas), tetapi pembahas-pembahas kedua-dua pihak telah memberikan yang terbaik.

SBPI sebagai pihak kerajaan telah mempersembahkan 3 hujah – UPSR dan PMR berorientasikan peperiksaan, UPSR dan PMR tidak selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan dengan ini memperkenalkan sistem pendidikan automatik (yang bermaksud, biarpun gagal UPSR, anak kita tetap ke tingkatan 1, gagal PMR masih ke tingkatan 4). SDAR pula sebagai pembangkang berhujah UPSR dan PMR merupakan mekanisma paling tepat, mewujudkan persaingan yang sihat dan pemansuhan keduanya mendatangkan keburukan.

Sebenarnya, saya mengharapkan SBPI untuk tampil bukan dengan sekadar hujah mengapa ianya wajar, tetapi turut memberikan idea atau gambaran bagaimana sesuatu penilaian yang lebih ampuh dan baik daripada UPSR dan PMR yang seterusnya mencorakkan perkembangan positif dalam menilai semula keberkesanan UPSR dan PMR. Agak keterlaluan untuk mereka merangka sesuatu yang ampuh dalam masa beberapa hari sejak diberi topik kerana saya sedar, mereka sekadar pelajar yang mungkin kajian mereka tidak sedalam mana. Akan tetapi dengan bayangan (atau hujah membayangkan bagaimana penilaian baru itu), setidak-tidaknya boleh membantu hujah menyokong usul bahas, dan secara terus terang, jika SBPI dapat memberikan bayangan dan keyakinan itu (selain menyatakan kewajaran UPSR dan PMR dimansuhkan), SBPI boleh bergelar johan. Apapun, tahniah atas persembahan dan hujah-hujah yang baik.

Realitinya, secara peribadi, saya merasakan debat akhir ini juga sebagai salah satu peluang untuk Kementerian Pelajaran menilai kewajaran UPSR dan PMR diteruskan atau dimansuhkan, setelah diberitahu topik pertandingan akhir debat PPM ini. Dan ternyata, dengan sidang akhbar yang diberikan, andaian saya tidak lari jauh:

Kementerian Masih Kumpul Maklumat Berkaitan Pemansuhan UPSR & PMR

PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) — Laporan penuh berkaitan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijangka diserah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sebelum akhir bulan depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pada masa ini kementerian masih mengumpul maklumat bagi menyediakan laporan penuh itu.

“Saya belum mendapat maklumat yang lengkap. Kita perlu perhalusi banyak lagi aspek melalui cadangan yang telah dikemukakan.

“Kami juga masih mengumpul semua cadangan yang dicadangkan termasuk melalui media seperti paper cutting (keratan akhbar), emel dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan meja bulat yang diadakan oleh kementerian itu sebanyak dua kali pada 19 dan 27 Julai lepas.

Perbincangan meja bulat yang pertama dikhususkan untuk wakil pendidik, termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.

Perbincangan kedua pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini.

Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat emel kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my.

Adakah UPSR dan PMR benar-benar wajar dimansuhkan?

Bagi saya, ianya wajar andai ada mekanisme baru yang lebih ampuh dan lebih baik daripada UPSR dan PMR. Sebagaimana hujah para pembahas SDAR, penilaian yang lain ada seperti PAFA untuk fardhu ain dan sebagainya. Jika ya ramai berhasrat UPSR dan PMR dimansuhkan, adalah diharap agar dapat memberikan cadangan yang membina agar Kementerian Pelajaran dapat menilai sebaiknya demi anak-anak kita.

Akan tetapi sehingga itu, UPSR dan PMR belum wajar dimansuhkan.

Apa kata anda?

Persoalan dijalanan: Bagaimana penilaian baru itu memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak kita didalam kelas? Adakah akan bertambah berat beg mereka? Adakah bertambah jumlah kerja rumah setiap hari?

p/s: Tahniah adik-adik SDARianku.. penantian 28 tahun berakhir untuk menjadi johan PPM Bahasa Malaysia. Syabas!!!

About these ads

12 responses to “Peperiksaan UPSR dan PMR Wajar Dimansuhkan

  1. Pingback: Peperiksaan UPSR dan PMR Wajar Dimansuhkan | Γονείς σε Δράση·

  2. congrats to ur school.
    lama tak tgk debat.
    sekadar pembetulan & penambahan fakta,debat ala parlimen ppm was implemented in 1997,replacing convetional debate style yg di amalkan sebelum itu. “rang” debat ala parlimen tersebut was first dibentangkan di star ipoh melibatkan 3 “wakil rakyat” dari setiap sbp malaysia(seorang guru.seorang debater bm n seorang debater english) pada tahun 1996.
    in 1997;the motion for bm debate was ” dunia tanpa sempadan membawa keamanan sejagat”. smsah was on the government side whilst semesti on the opposition. as for the record; that was the first time semesti managed to reach the final. and they emerged as champion, though the best speaker went to zainal badri mustafar of smsah (repeating the same achievement he got in ppm final 95).
    in 1998 the final stage were between mckk and semesti (the same line up that won the 1997 debate).again; semesti came out as johan. (sadly for 1998 since the economic is downturn;each of the debater tak dpt replika trophy ppm buatan royal pewter selangor seperti tahun2 sebelumnya);for the year 1999 the final centre stage was moved to errrrrr aku tak ingat di mana but not anymore at dewan muktamar pusat islam kuala lumpur seperti sebelum2 nya; and the final battle was again between semesti and mckk.for team semesti; the only surviving member from “ahli ahli parlimen 1997″ finale; dewi mayang sari anchored the team of another two female representetives against the much stronger same line ups of mckk in the year 1998;namely khairul azizi and redzuan jabbar..seorang lagi unknown; as for the semesti themselves; it was the first time they became the “kerajaan” after 2 “penggal” sebelumnya berjaya memenangi “pilihanraya ppm”; and the nerve and tense to achieve a record straight 3 years of winning the trophy for the first time in the ppm’s history were really high, but it wasnt meant to be as the mckk emerged victorious.

    tahniah sekali lagi for sdarian.
    syg skali sdar hari ini bukan lagi lokasi asal; kan?

    • ya dawai dawai kokot, lebih kurang begitulah tahun-tahun ia bermula.

      Terima kasih atas komen anda… dan daripada komen anda.. serasanya anda adalah sebahagian yang mengambil SPM pada 1999.. bukan? :)

  3. jika aku dibenarkan menambahkan fakta fakta;
    aku tak rasa semesti boleh di anggap sebagai big names sgt pun jika nak dibandingkan dengan mckk,star,sdar,tkc,rmc,stf;smsah;alam shah;kisas and both smap labu n kajang dlm tradisi debat ppm pre parlimentary era.

    bukan niat utk mengangkat diri sendiri; tapi personally i have fond memories and sentimental values bila sebut ppm; and dewan muktamar tersebut.
    i was in the hall for ppm final 94;
    95;96, 97.well in 94
    and i believe history wise maybe im the only person yang enter the muktamar hall to watch the finale between soksek? Smstun sheikh shabudin vs……(sorry i cant recall) dengan bersepatukan selipar jepun…yang di ambil tanpa izin dr masjid negara..kebetulan sepatu kulit hitam baru hadiah walid aku telah pun kecurian semasa solat maghrib oleh insan yang mungkin tersalah ambil…aku time tu hanya mampu menangis kecil sebab aku sgt teringin nk masuk dewan muktamar tsbt…masih aku ingat guru pembimbing aku aishah nama nye suruh aku ambil sahaja mana2 selipar buat alas kaki.sebelah hijau.sebelah biru.mula2nya aku segan dan malu…wakil2 dr sekian nama sbp sekitar lembah klang yg kebanyakkan segak berbaju batik mahupun blazer rasmi sekolah masing memasuki dewan final dengan pandangan curiga terhadap aku kenapa aku beralas selipar yg berlainan warna dan,malu gila dan segan,in short aku selesai mendapatkan tempat duduk utk menyaksikan debat akhir tersebut. Rakan karib aku ikram seolah2 paham yg aku dan minda aku tak berada di tempat yg sama kerna memikirkan sepatu yg hilang,lalu dia bersuara kecil ” geng,one day we’ll surely win the trophy!” ,respond aku hanya mengiyakan sahaja impian kwn aku tu tanpa berfikirkan apa apa,yg terdetik di hati aku time tuh,habis saja debat tuh aku nak cepat cepat keluar dari dewan muktamar sebab tak ingin aku di usya pelik oleh sekalian mata dengan capal pinjam yg aku pakai,well then soksek managed to emerge as champion, well as soon as that aku menghilangkan diri meninggalkan dewan tuh [dan tak sempatlah aku berkenalan dgn awek2 ssp ke ehehe], aku letakkan balik selipar pinjam dan berkaki ayam ke bus sekolah semesti yg serba cokia n wait for the others to arrive, well i was form 1 in 94. The year following aku di aturkan utk go intensif training program utk jadi pendebat n that the very year aku dpt chance utk pergi ke skolah2 spt stj,sdar,tkc,[n9],semesta and smsas[pahang], smap kajang n few others…frenly debate tapi hanya sbg observer,well in that year the ppm final was between smsah and ????, and smsah won it n i can recall the best speaker zainal badri of smsah was somebody yg outstanding, on which he could easily menarik perhatian hadirin dengan gaya debat yg superb at the age of 15,in the same year dah ada ura 2 yg debat ppm sudah menjadi satu debat yg agak primitif kerana tajuk debat dan gaya debat yg bersifat sehala semasa pendebat berucap,dan jika tak silap aku in 95, tv3 ada menyiarkan rakaman debat akhir piala di raja antara usm menentang uia dengan usul ” hak asasi lebih penting dr keamanan”. Jadi aku jugak agak bertuah kerana pada 1996, sbp perak / semesti,star,seratas,dan mckk/ menganjurkan trial debat ala parlimen utk kategori umur 15tahun ke bawah,aku ketika itu hanya lah diletakkan sbg pndebat simpanan kerana pidato aku tidak lancar pun semasa sesi latihan,namun satu kejadian yg tak terduga terjadi pada pagi pertandingan sebelum di mulakan,pendebat ketiga semesti mengadu tiada suara ,infact dia memang hilang suara sebab aku sempat mencubit lengan dia utk menguji hakikat dia sememangnya takdak suara,woi naya la aku,getus aku pada sang ketiga,nak tak nak cikgu pebimbing aku hanya mampu meminta aku mengambil tempat dgn muka yg tak berapa konfiden terhadap aku, bukan niat lagi utk mengangkat diri sendiri,tapi result akhir menemukan aku dgn mckk,n aku came out,as best speaker,n semesti menang debat ala parlimen 4 penjuru tersebut,months later i was picked as reserve speaker for semesti ppm team, n that year,mckk jadi tuan rumah ppm peringkat kebangsaan selepas semua semua zon zon selesai mengadakan pertandingan,i went to mckk with eagerness to be in the starting line up,tapi mungkin debat format konvesional tak sesuai dgn dna kritikal aku maka cikgu hanya membiarkan aku melihat semesti tewas di peringkat suku akhir,pencapaian tertinggi semesti setakat itu, dan 2 skool yg layak ke akhir ialah mckk and star. Tak lama kemudian,ura2 debat ppm akan bertukar format menjadi kenyataan apabila bhgn sbp kem pendidikan menjemput wakil2 debat dr setiap sbp utk dikursuskan dgn format baru debat selama 3 hari di star ipoh,(seperti yg aku nyatakan dlm komen sebelum ni), and aku menjadi wakil utk sekolah aku utk kursus tersebut,and kat situ aku berkesempatan berbual dgn zainal badri yg bolehlah di anggap legend dlm debat ppm,sangkaan aku ohnyeah the next year zainal badri tak da dlm ppm cause i thought he was f5,again,i went to watch the final for ppm 96,and that year aku rasa the bestdebate ever for convetional format,and star ipoh emerge victorious and subir che selia of star the best speaker, well for star ipoh principal encik alimuddin mohd dom,the victory was astounding as he just move over from semesti a month before the final debate,in fact rumours that flying around that time,encik alimuddin was a specialist principal to tackle the degrading discipline level at schools in most sbp including star,mckk n my own semesti.the fact is yes now he’s the ketua peng kem pndidikn msia.
    Well in 97;in short,i came to dewan muktamar..

  4. cont… in 97 i came to dewan muktamar not anymore as pemerhati but as the speaker,for the inargural parlimentary style ppm. And takdir menentukan aku dan rakan rakan ikram,yes the person who challenge me to be with him to win the trophy,and dewi mayang sari,she was at form 3. ..to meet smsah anchored by the reknown zainal badri mustafar…and the twins siti rohana and siti rohani; backstage scene; we were touch up by akak rtm.i request not to be put so much bedak…haha…n my ikram tgh busylooking at his notes…n di selang seli dgn gaya dia menaik kn semangat sendiri seperti menumbuk telapak tangan; menepuk tangan dan mengucap ” come on ikram.you can do it”; aku pulak..sempat disapa si dewi yg tak berhenti henti brrtasbih dgn muka di sapu bedak dan wajah yg makin pucat…alamak….”abang; mcm ne ni; mayang cuak la”….”er….hang tenang je; yakin mcm ikram!”…”abg plak mcm ne?”….. “i’ll be fine dear”;…in fact as third speaker aku tak perlu menghujahkan apa apa fakta kes…aku hanya perlu membidas sebaik yg mungkin….aku hanya perlu beberapa kertas kosong utk jot down struture hujah usul lawan…n bantai dan banzai.
    di balik tirai aku nampak zainal badri tersenyum riang…gila aku jadi saiko tgk betapa cool je dia…n saat paling aku ingat waktu di belakang pentas..aku sempat usya kelibat walid aku..yg duduk di barisan belakang tmpt duduknya dif dif jemputan…sedih aku kerana walid aku hanya dtg dgn keretapi dan tinggal di hotel stesen keretapi seorang diri kerana ongkosnya tak mampu utk membawa ibu aku sekali..zaman tuh ekonomi juga mulai merudum…n walid ku tidak lah pula memiliki motokar..aku kucup jari dia sebelum pergi ke atas pentas mengambil tempat duduk…yg di pertua dewan ketika itu ialah farid ismeeth amir…oh ya sempat juga ex principal semesti alimuddin.mohd dom mengucap syabas n best of luck…
    the debate went not very well for us at the start. infact ikram as ketua pembangkang sempat menulis atas kertas..”yus….diorang cakap pasal apa nie?sumpah aku tak paham”…dewi mayang sari yg dah pucat lesi mcm mayat jugak tulis big question mark. aku ckp kat ikram.hang stick dgn apa yg hang dah prepare…same goes with u mayang…aku akan interject prime minister and u guys just standing to support me but never pick up ur hand or say izin mencelah…i struck 4 ammos to the lady prime minister on which i believe have ruptured at least 50% the foundation of her points and their case.ikram still blur,cant get the flow of the debate,and the last minute of the prime minister speech, i told him ,u just stick with ur hujah…nevermind the clashing points,just request to accept the definition of dunia tanpa sempadan provided by the affirmative not only limited to information tech and smartnpartneship.and warning,do not acccept any interjection from zainal badri! Hehe.

    Ikram completed his arguments with big clap, though i can sense that the whole audience seems to become blur and yeah..apa benda budak budak semua nie merepek? Sempat jugak aku usya zainal badri tersenyum sinis…bila interjection dia di tolak dengan frasa ucapan ikram “ya menteri pertahanan..di persilakan duduk…”
    quite luckilysecond speaker of smsah was relatively in his destructing mode due to obvious bombardment of questions from me,and mainly from ikram and suprisingly mayang sari gave her facts with plausible arguments,dedpite her pucat lesi antics…
    But still …the tiger zainal badri steal the attention of the dewan with his calm openings…” trim kash yg di pertua,nmpknya iklim jerebu di luarbdewan sudah menerobos ke dlm ruang dewan yg mulia,akibat kecelaruan hujah pembangkang dlm menolak fakta kes pihak kami kerajaan..bla bla,roughly his first 3 minutes i was like doing nothing ..my blank papers wasn’t marked with much facts from them…alamak..in short, zainal badri’s speech that time has turn the tide on our side back,kalau main bola his speech seems like mcm goal from ronaldo,using bola zaman moktar dahari…padu gila haha. Well ikram sempat ask me to provide new hujah to counter back strong argument dr zainal badri,it can’t be done as third speaker hanya membidas fakta dan hujah….my rebuttals went quite ok but i myself know the speech of mine wasnt really my best but just enough hopefully to equal back the possesion. And ikram took up the stage of summing up the motion much better than his opening speech,perhaps after seeing zainal badri’s change og facial expression..seems like he’s not really confidenthis lady pm can sum up their case effectively later…and it proves to be her speech was merely poor if not bad.

    Lepas tu…ssp orkestra team performs…n also that night kumpulan nasyid skema dr smap kajang saujana menyanyikan lagu hits mereka keluarga bahagia…hehehe…i bet that was their first ever big public show n they did perform well,n before that i went to meet my walid n he said…”syabas adik..”;
    I hugged him.
    N i sat beside ikram and mayang n our cikgus…
    During performance,i was like blur..ikram asked me,do u think we can win…? I replied,mybe…but it’s clear cut zainal badri should repeat his achievement the previous 2years finale..at least as best speaker….but dude,winning or not im grateful and proud to be on the stage…in this very hall,the place where i got into the debating tradition of sbp with a pair of masjid slippers hehe…”.and mayang sari mencelah ” abg..kenapa kat meja kita kat atas pentas tuh masih ada botol air mineral kat position abg?”…my spontanoues respond ..”er mybe tuh sign yg kita

    • dawai kokot,
      Mungkin pada anda nama SEMESTI sebesar SBP-SBP premier yang lain… tetapi yang nyata, kelibat SEMESTI di PPM ketika itu digeruni dan dihormati. Bukan calang-calang pasukan kerap dapat masuk ke pertandingan akhir dalam jarak tahun yang tidak jauh.

      Jika tidak, masakan siapa yang terlibat dengan PPM ketika itu masih menyebutnya…

  5. cont..”er maybe tuh sign yg kita akan menang..cuba tgk..kat meja smsah takde botol pun hrhehe”
    “apa la abg nie…tak logik btui…”
    eheh..agak jiwang skit dialog selepas itu.
    n then came the announcement…
    johan….aku terkedu kejap.ikram melompat.mayang juga…n aku mcm nk menangis pun ada. tak tercerita

    aku tido dgn walid mlm tuh. sempat telefon rumah jiran bercakap dgn ibu n she was happy n tanya bila akan masuk tv hehe….aku jwp konfirmnye esok pasti masuk paper…errrrr..utusan ( though i can say today i hate utusan for what it is)..alimudin jugak senyum bangga bcos dia pnah terlibat dgn preparation team debat semesti semasa 95 hingga awal 96.
    balik ke sekolah di sambut sebagai hero hehehe..adik angkat bertambah..puteri puteri.ikram juga sungguh gembira.mayang pulak..tak pernah tahu yg dlm diam aku jadik makin jatuh hati kat dia.
    for 98; i decided to be the sparing partner for ikram mayang n my replacement iznan due to the fact that i wasnt achieving the more important aspect in school…excellent in studies..so i guess with good replacement there should be no prob 4 semesti to reach the finale again. aku prepare to let go place aku utk focus sepenuhnya on my spm 98 preparation n alhmdllah..spm aku ok..n we won the trophy again against the mckk albeit me not in the line up.
    me.ikram n iznan left the school after 98; in 99; mayang in her final year.anchored the team with 2 new faces.both puteris.hakima…(almost like my adik angkat haha ) n one more sapa tah nama.they lost the final to mckk.n as i went to the final wif iznan..with his ex5 motor.the final was held at bukit kiara klu x silap.n di buat pd siang hari.waktu diumum klh i can only pamper mayang yg menangis dgn hujah ” u did great..x ramai yg dpt wat mcm u ..3 final apperances berturut turut..u loose nothing mayang!”.(kalau muhrim dh lama aku hug dia.
    n semesti hilang dr legasi tu since then..
    i tried to bring back the name once in 2001.
    i became the ad hoc trainer and this time hakima anchored the team but the result was only to reach the semi final under my full watch.

    lebih kurang begitulah ceriteranya.
    maaf sebb brrjela jela. :)

    • tiada masalah saudara…

      Ianya memori yang baik, dan saya pasti ianya salah satu saat penting dalam hidup saudara. Dan semoga semangat dan kemahiran yang ada didalam diri itu dapat digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama.

      Kerana seperti anda, saya juga bekas pembahas… yang mana kemahiran yang ada cuba digunakan untuk mengajak pembaca membaca dan berfikir akan rasional isu-isu semasa. :)

  6. oh yeah tuan ondastreet..
    maaf lah kalau lagak bahsa santun hujah aku dlm ruang maya hang nie terkadang kasar dan pasar bahasanya.
    hakikatnya kalau berdepan aku hanya low profile shja kwn!
    kebetulan sentimental value aku teruja bila posting hang berkaitan dgn sdarian yg dah menang ppm..thats why aku berkongsi ceritera sebab ya sedikit sbyk legasi tuh ada pada kehidupan yg lepas..mungkin sekadar berkongsi rasa gembira hang dgn pncapaian sdar mlm sabtu tmpoh ari.
    so those memories muncul.ingat lagi aku went to big school like sdar..semuanya sebab sebab ppm..ataupun persediaan utk ppm…i cant recall any name from sdar yg aku.masih ingat but if tak silap there was one guy name budiman???? circa 94 95..hehe…yg best bila pi skolah2 lain dpt rasa life skool tuh skit…tido kt skool tuh ..dengar urband legend skool tuh etc..
    kalau identiti anda bukan kerahsiaan…are u in circa 94-98 era?or i suspect much earlier than that..

    tentang yg lainnya..aku mmg letak blog hang sbg bhn bacaan utama aku di antara blog blog pro melayu-islam-umno yang aku ada..seakan satu trend yg aku boleh nampak penulisan hang cenderung sopan; khairy n anwar non supporter n i dun hv prob with that n aku prcaya my language mode n smallll arguments hopefully tak lah offend hang in any way cause that’s never will be my intention. kalu ada wa mintak maaf lah.

    ODS: Bahasa saudara tidak sekasar mana. Masih ada santun dan rasional di balik bicara selamba.

    Ya, PPM membuka ruang dan peluang untuk melihat sekolah-sekolah lain, merasa duduk, tidur dan makan di asrama sekolah lain…

    Identiti saya? Satu hari nanti akan terbongkar jua… and yes, the name you mentioned is one of SDAR 90′s famous name – Wira Budiman, a debator represented Malaysia along with his team mates made of TKC girls (or SDARian love to mock – KATAK)…

  7. sorry , saje nak betulkan . it’s not sbpi only , it’s sbpi gombak .
    and the nickname is integomb or sbpig.
    kalau sbpi , ade banyak . :)

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s