Tazkirah Jumaat: Hukum Mewarnakan Rambut


Tidak mahu rambut berwarna putih? Hendak warna lain baru stylo? Cuba kita renungkan artikel ini yang diambil daripada lama ohislam.com:

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor

Nukilan OnDaStreet: Oh, begitu rupanya.. harap-harap janganlah kita sewenang-wenangnya mahu mewarnakan rambut. Bagi kaum hawa, sama juga, tetapi pentingnya tutupilah rambutmu dikhalayak kerana itu auratmu.

Adalah diharapkan Tazkirah Jumaat kali ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan kita…

Wallahualam…

 

About these ads

5 responses to “Tazkirah Jumaat: Hukum Mewarnakan Rambut

  1. Tulisan anda mengingatkan saya akan seorang ahli Parlimen…
    terbayang juga di fikiran akan anak2 muda bergaya punk @ gothic berpeleseran di sekitar Star Hill (Bukit Bintang,KL)..
    Seolah tiada bezanya antara beliau dengan mereka… :)

    ODS: Terima kasih atas komen anda. :)

  2. Idea mengecat rambut mula diperkenalkan oleh Maharaja Firaun Laknatullah ketika zaman pemerintahannya pada zaman Nabi Musa a.s. Diajak seluruh warga Mesir ketika itu menceburi bidang ilmu sains dan belajar meningkat ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang kosmetik.

    Ada beberapa ilmu yang dititik berat dalam bioteknologi Mesir ketika itu, iaitu;

    i. Ilmu menengangkan kulit daripada kedut tua terutama muka.
    ii. Ilmu mengecat rambut, kuku dan solek menyolek supaya bertambah cantik.
    iii. Ilmu memami setiap jasad yang mati supaya tidak hancur.

    Justeru itu berbagai penemuan dijumpai hasil kajian yang diambil berat oleh Firaun hinggalah kehari ini. Diamal turun temurun dari sejak Bani Israel hinggalah masyarakat dunia yang hidup pada hari ini. Berbagai peralatan dihasilkan dengan berbagai penemuan baru dicampakkan ditenggah-tengah masyarakat global hari ini membuat semua orang menjadi kalut dan keliru.

    Jika diperkatakan, ianya disangka berbagai paradigma. Perkara sebenar sudah dikatakan salah dan ketinggalan zaman. Inilah realiti yang wajar dihadapi oleh setiap pencari kebenaran. Walau apa pun tanggapan dan sangkaan manusia akhir zaman, sebagai seorang yang mencari jalan takwa tidak akan padam semangatnya untuk menyeru kepada kebaikan.

    Sesungguh kerja-kerja mengecat rambut adalah dilarang oleh Islam kerana membenarkan hadis Rasulullah s.a.w. : ‘ Barangsiapa yang menyerupai satu-satu kaum, ia adalah daripada kaum itu’. Nauzubillah …..k.

    ODS: Terima kasih atas komen anda. :)

  3. Kelirulah dengan hukum hukum ni! Daun inai pun ada d jual d Mekkah!

    ODS: wawa, janganlah keliru. Daun inai itu bukannya haram. Isu di sini adalah penggunaannya. Tengoklah pada mana niat dan penggunaannya. Itu sahaja. :)

  4. Inai tidaklah jadi masalah, kerana itu sudah diharuskan oleh syarak. Orang beriman pun dibolehkan berhias, kerana memang fitrah kejadian manusia memang begitu.

    Begitu juga memakai perhiasan emas diharuskan kepada wanita-wanita Islam. Tapi janganlah perkara harus ini dijadikan haram kerana untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau bukan maharam serta menelurkan riya kepada diri. Naluri wanita itu terlalu halus serta amat tergoda kepada sesuatu. Lihatlah ibu kita, Siti Hawa ketika bersama Nabi Adam a.s. didalam syurga. Pada hal Allah melarang menghampiri pokok khuldi, lantas kerana godaan iblis terus dimakan bulat-bulat.

    Justeru itu, janganlah bermain-main dengan api kerana kecil ianya adalah kawan. Tapi bila besar bomba belum tentu dapat memadamnya. Begitulah dosa yang direka cipta oleh penduduk dunia akhir zaman hari ini.

    ODS: Terima kasih atas komen anda, abdullah bin ali. :)

  5. Kalau nak komen tentang hukum tu hati-hati lah kena rujuk kitab-kitab dan pendapat ulama imam-imam yang
    yang 4 sekurang kurangnya, janganlah nak hantam sembarangan ikut apa yang dikepala sendiri sahaja.Ilmu itu luas.Saya sangat berpuas hati dengan artikel diatas dan tidak akan komen apa-apa kerana saya rasa cukup lengkap.

    ODS: Terima kasih atas komen anda. Kredit kepada penulis asal artikel diatas. :)

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s