Untuk Bahagian 4 ini, OnDaStreet ingin menterjemah artikel nukilan satD yang menyentuh tentang hujah-hujah dan komen-komen yang melibatkan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. OnDaStreet menyedari yang hujah ini bermain agak lama sejak isu kalimah Allah ini dimulakan. Apakah benar sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini yang melompat kerana salah faham akan Bahasa Malaysia yang terjemahan “God” adalah “Tuhan”? Apakah umat Islam di Malaysia ini melompat tanpa alasan dan menggelabah semata? Mungkin ya, mungkin tidak… mari kita lihat apa yang kita boleh dapat daripada Bahagian 4 ini…

(Bahagian Akhir)

Adakah isu kalimah Allah ini debat mengenai agama atau bahasa???

Apakah isu yang sebenarnya? Tentang agama? Akidah? Kepercayaan? Atau sekadar bahasa? Adakah anda bersedia untuk apa yang bakal dibentangkan seterusnya?

Apapun, dipendekkan cerita bagaimana kita boleh menyentuh bab ini kerana terdapat seseorang yang telah memberi komen ini:

“nampaknya pakcik keliru dgn isu Allah di malaya. research pakcik tu memg betoi dr segi sejarah takde yg salah. tapi pakcik paham ke isu herald dan Allah ni? pakcik penah pi sabah sarawak ke? pakcik tahu tak section melayu dlm herald tu utk bacaan bumiputra kristian sabah sarawak. takde kena mengena dgn melayu malaya. section melayu tu bukan utk org malaya.”

paloibinmulau

Komen tersebut membuatkan satD berfikir -terdapat satu lagi sudut yang perlu diberi perhatian. Jangan risau, artikel ini tidak akan berjela panjangnya seperti yang lain. Ringkas dan khusus…..

Isu yang melibatkan Borneo…

Di mana kita mahu mulakan?

Apa kata jika kita mula daripada zaman pemerintahan kerajaan Poni.

Huh?

In the Chinese historic annals, Brunei was mentioned as far back as 1,500 years ago in the Liang Dynasty (502 to 566 CE).

Then the Brunei predecessor state of Poli sent tributes to the Chinese bearing the produce of the country.

Subsequent visits by other Chinese travellers to Brunei included that during the Sui Dynasty (581-618 CE), in the Tang Dynasty (618-906 CE) and Sung Dynasty (960-1279 CE).

During those years, the name Poni had also been spelled as Bu-ni, Fo-ni, Po-ni and Po-lo.

It was recorded that the King of Po-lo had sent a mission to China in 669 CE.

The differences of the names are said to be caused by the changes of the Chinese dynasties, each preferring its own way of spelling.

Rozan Yunus

 

[Di dalam catatan sejarah China, Brunei disebutkan sejak 1500 tahun dahulu semasa zaman Dinasti Liang (502 - 566 CE).

Pemerintah Brunei kemudiannya menghantar ufti kepada China akan hasil daripada negara tersebut. Beberapa lawatan oleh pengembara China ke Brunei termasuk ketika Dinasti Sui (581 - 618 CE), Dinasti Tang (618-906 CE) dan Dinasti Sung (960-1279).

Pada masa tersebut, nama Poni juga dieja sebagai "Bu-ni", Fo-ni", Po-ni" dan "Po-lo". Dicatatkan yang Raja Po-lo telah menghantar misi ke China dalam tahun 669 CE.

Perbezaan sebutan nama kononnya disebabkan oleh perubahan dinasti-dinasti, mengikut kesukaan ejaan masing-masing.

Rozan Yunus]

The Origin of the Name Brunei Darulsallam

Terkejut? satD juga…

Bagaimana ini berkait dengan isu kalimah ini?

Apakah agama yang diamalkan oleh rakyat Poni? Mari kita lihat… Kita tahu Islam datang kemudian.. maka…

Baca lagi di sini.

Ia merupakan Buddhism…. menarik…..

Jika anda ingin tahu, berapa “kecil”kah kerajaan Poni ini (mengambil kira pembaca sudah membaca dokumen tadi), Poni sebenarnya juga memerintah kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah dan Sarawak. Apa yang sudah terjadi kepada kerajaan tersebut?

Sebagaimana kebanyakan yang terjadi kepada kerajaan yang dipengaruhi Buddhism, Islam mengambil alih. Bagaimana ya?

Biasanya kerana raja kerajaan tersebut memeluk Islam (Nota ODS: Contoh yang popular untuk rakyat Malaysia – Kerajaan Melayu Melaka). Bilakah ianya berlaku?

Ianya berlaku ketika Awang Alak Betatar memeluk Islam dalam tahun 1368 AD selepas lawatannya ke Kesultanan Johor.

Kita tahu daripada artikel sebelumnya yang dokumen paling awal pendakwah Kristian adalah Kitab As-Sawat pada 1514. Makanya, 1514 tolak 1368 = ???

 
…..
 

146 years

Hipotesis ringkas:

 

1:Dalam Buddhism disebut ”Allah” atau tidak?

 

2: Apa jadi jika kepada perkara-perkara berkaitan dengan Sultan apabila seseorang Sultan itu memeluk Islam?

Mari kita mulakan dengan “1″: Siapa boleh buktikan Allah wujud dan disembah dalam Buddhism? Serasanya TIDAK.

“2″ pula: Mari kita pelajari perkembangan Islam di negara “kecil” yang kini dikenali sebagai Brunei….

satD mendapati kebanyakan tidak dapat meneruskan pembacaa lebih dari 2 muka surat. Maka untuk pautan ini untuk bacaan bagi mereka yang tidak larat. Jangan risau, sila baca.. ada gambar, ada kartun dan Bahasa Inggeris yang mudah sahaja..Harapnya pembaca yang lain tidak terasa dengan kualiti yang diberikan…

Bagaimana kalimah “Allah” terdapat dalam perbendaharaan kata orang Sabah dan Sarawak, sebagaimana yang kita tahu kini? Sebelum kita pergi lebih jauh, satD mahu membuat satu pengakuan…

 

“Gua tak paham sepatah haram bahasa utama orang Sabah dan Sarawak…..

Itu untuk sekarang. Bayangkan 300 atau 400 tahun yang lalu. Serasanya satu Malaysia yang ada pada hari ini mungkin susah nak faham juga…

Mari kita lihat sekarang tentang Tuhan, “God” atau apa jua Nama Khas, Nama Panggilan untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Pertama sekali, satD pasti ramai yang menyedari akan generasi lama sebelum di Sabah dan Sarawak mengamalkan animism. Untuk pembacaan dan pemerhatian yang menarik tentang mereka, sila baca ini: -

The Pagan Tribes of Borneo:
“A Description of Their Physical Moral and Intellectual Condition With Some Discussion of their Ethnic Relations” oleh Charles Hose dan William McDougall

Diterbitkan pada July 1912

dan

The Natives of Serawak and Brittish North Borneo 1896

Banyak cara untuk membacanya, termasuk sini.

Untuk kemudahan bagi mereka yang “malas” hendak membaca pautan-pautan tersebut, satD telah mengambil sedikit untuk perhatian bersama yang dirasakan penting.

Pertama sekali – terdapat terlalu banyak Tuhan yang dipanggil dan disembah oleh penduduk Sabah dan Sarawak. Namun, apa yang penting untuk perbincangan ini adalah bagaimana kalimah Allah masuk dalam perbendaharaan kata mereka dan apakah mereka benar faham makna dan maksudnya.

Di sebabkan banyak sangat Tuhan di Sabah dan Sarawak, satD berikan satu daripadanya – Petara…the Tuhan bagi Dayak Laut

Adakah mereka ini sedar yang Allah Taala ialah apa yang Muslim Melayu panggil untuk Tuhan mereka? Tidak? Dan bahagian yang menarik adalah bagaimana selepas penggunaan kalimah “Allah S.W.T” itu

 
 
 

“THEY WILL NOW SHOVE THE NAME OF ALLAH TAALA TO FILL UP THE NICHE OF A PANTHEOR, OR TO COMPLETE A LINE OR MAKE UP A RHYME” ???

(Nota ODS: Apakah penggunaan “Allah Taala” sesuai dengan kepercayaan Kristian? Atau sekadar untuk “tangkap muat”?)

Serasa seakan sesuka hati memasukkan nama Tuhan bagi satD (dan juga masyarakat Muslim di Malaysia)…..

Katakanlah, jika gerakan dakwah Kristian begitu “macho”, sanggup ke hutan belantara, mempromosikan “ciplak” kalimah “Allah Taala” sebagai doktrin mereka… Apa yang perlu kita lakukan dengan kesan yang telah dibawa?

Jika ada yang mengatakan “Lihat Indonesia, mereka tiada masalah pun dengan penggunaan kalimah “Allah”, biarlah satD beritahu (sebagai seorang yang telah bertahun hidup di Indonesia), cuba tanyakan kepada Muslim Indonesia, mereka akan menjawan “oh…..iya pak “Tuhan A-lah” bukan seperti kita menyebut “Allw-Lah“……

Bunyi sebutan ternyata berbeza. Kenapa? Siapa pendakwah mereka? Orang tempatan atau orang luar? Pernah dengar bagaimana “mat salleh” bukan muslim menyebut kalimah “Allah”? Fahamkan?

Itulah sebab kenapa satD tidak begitu faham kenapa kerajaan Malaysia menghantar ”bingai of the year” untuk  berbincang dengan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Satu lagi sebelum terlupa, ingat akan klausa ”other than Religion and Custom” dalam Perjanjian Pangkor? Orang British juga berbuat begitu dengan Brunei. Carilah di google dan bacalah juga bagaimana wujudnya Brunei yang terpisah daripada Sabah dan Sarawak.

 

Nukilan OnDaStreet: Ini sahaja terjemahan yang OnDaStreet fikirkan sesuai untuk bacaan umum dalam Bahasa Malaysia. 4 bahagian yang membincangkan pandangan dari sudut bahasa dan impaknya.

Buat mereka yang masih fikir ini soal yang remeh, kalimah “Allah” bukan sekadar isu bahasa atau nama. Ianya berkaitan dengan nama tuhan yang kita tauhidkan. Ya benar, Allah tidak memerintahkan kita mempertahankan namaNya, namun apa yang diragui adalah motif disebalik tindakan mentafsirkan “God” kepada “Allah” dalam Bahasa Malaysia. Apakah God diterjemah kepada Tuhan ke dalam Bahasa Malaysia tidak cukup?

Malah, OnDaStreet telah berulang kali menonton “Passion of Christ”, “Da Vinci Code”, ”Angels & Demons” yang plotnya mengenai agama Kristian, namun tidak terdetik sekalipun mereka menyebut dalam Bible mereka perkataan Allah. Begitu juga di debat-debat Ahmad Deedat dengan paderi-paderi Kristian, tidak juga terpacul kalimah “Allah” daripada sedutan-sedutan Bible yang digunakan dalam perdebatan mereka.

Kenapa ada pihak yang beria-ia begitu? Apakah motif disebalik tindakan tersebut? Kenapa tiada sokongan daripada Vatican akan terjemahan God kepada Allah (memandangkan isu ini mendapat liputan antarabangsa, sehinggakan ada sokongan daripada persatuan muslim di Amerika)? Kenapa orang Kristian di Indonesia yang cuba menggunakan “Yahweh” dikatakan sesat (rujuk artikel  Bahagian 1), walhal nama itu yang digunakan dalam Bible?

Andai akidah, iman dan taqwa masyarakat muslim di Malaysia ini cukup gah dan kuat, mungkin kurang sedikit impaknya. Namun dengan kebejatan sosial yang melibatkan ramai anak muda muslim, perkara ini dipandang serius.

Beritahu kepada saya, berapa yakinkah anda berdepan dengan pendakwah mana-mana agama apabila bersoal jawab tentang akidah dan konsep ketuhanan? Berapa yakinkah anda terhadap ahli keluarga anda bersoal jawab tentang akidah dan iman dengan pendakwah agama lain? Yakinkah anda akan masyarakat ditempat anda mempunyai akidah, iman dan taqwa sekukuh anda untuk berdepan apabila akidah dipersoalkan atau diuji?

Perlaksanaan Islam bukan hanya terletak kepada hukum Hudud dan Qisas, tetapi banyak cabang.. kerana agama yang diturunkan Allah s.w.t dan dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita bukan sekadar untuk pentadbiran negara, tetapi pengisian rohani dan jasmani untuk disini dan juga disana.

Fikir-fikirkan…

Setakat artikel-artikel satD diterjemah, saya bertembung dengan dua watak yang gemar menggunakan ayat-ayat Allah dalam hujah-hujah mereka. Satu bernama “arah”, yang saya percaya seorang muslim. Satu lagi ialah “truthseeker” di blog Jebat Must Die, yang saya percaya bukan seorang muslim (kerana jika tidak salah pernah menyatakan dia bukan seorang muslim) yang juga gemar menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Terus terang mereka cuba menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam menyokong apa yang cuba disampaikan. Namun, setiap satu dari mereka ini setakat ini gagal memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya. Mereka menyimpang dengan memberikan ayat-ayat Al-Quran, tanpa benar-benar menjawab soalan. Satu watak itu begitu pandai dalam menjaga diri sendiri, tetapi gagal untuk melihat dari skop yang lebih besar untuk mempertahankan yang lemah. Manakala seorang lagi menggunakan ayat-ayat Al-Quran, tetapi menolak untuk menerima Nabi Muhammad s.a.w.

Walauapapun, saya mengharapkan artikel-artikel yang ternukil membawa manfaat. Maaf jika terdapat salah susunan ayat yang tidak menyampaikan mesej daripada artikel yang sebenar.

Yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t, dan yang tidak elok itu disebabkan oleh diri ini yang lemah lagi kecil di sisiNya.

Wallahualam…