Untuk bahagian kedua ini, OnDaStreet memilih artikel satD yang yang disiarkan 2 hari selepas artikel pilihan pertama disiarkan pada 11 Januari 2010. Ini kerana artikel ini berkisar dari sudut bahasa/ lingusitik, yang mana pada pendapat OnDaStreet merupakan antara sebab asas akan kekecohan isu kalimah “Allah” ini. Ketidak senangan kebanyakan muslim di Malaysia timbul bukan kerana terjemahan yang tidak mengikut kamus Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Melayu klasik, tetapi juga motif disebalik terjemahan itu dilakukan.
Jika Bahagian 1 mengupas dari sudut sejarah penterjemahan Bible ke Bahasa Indonesia yang memberikan 4 makna berbeza bagi kalimah “Allah”, dan pergerakan disebalik terjemahan tersebut dilakukan dan tidak lupa juga kes mahkamah sesama Kristian atas penggunaan nama “Allah” dalam Bible, Bahagian 2 menyentuh sejarah penggunaan bahasa melayu dan kalimah Allah di Malaysia.
Dan secara jelas, artikel ini timbul sebagai reaksi kepada hujah mereka yang mengatakan Kristian di Malaysia lebih awal menggunakan kalimah Allah didalam Bible mereka di Malaysia.
Artikel 2 – The Problem of Meaning, Abdullah Paderi and the Pangkor Treaty
Selamat kembali, para pembaca.
Sebelum kita pergi lebih jauh, sila baca ini (patro), ini (Target) dan ini(Liejdecker).
Apa yang kita ingin bincangkan pada hari ini?
Adakah kita harus membincangkan samada kalimah “Allah” yang berasal dari perkataan Arab yang dipinjamkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia dan dibawa ke arus perdana yang seterusnya memberi impak terutama kepada masyarakat Melayu..
Atau kita mengkaji, bagaimana kita boleh berada dipersoalan ini pada hari ini?
Yang mana satu?
Apa kata kita lakukan keduanya.
Di mana kita mulakan?
Paling mudah.. adakah kalimah “Allah” yang berasal dari perkataan Arab yang dipinjamkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia atau tidak? Mudahkan? Mana satu?
Apa kata kita simpulkan bahawa ianya kalimah yang dipinjam dari perkataan Arab dan digunakan secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu pada hari Jumaat, 22 Februari 1303. Kenapa tarikh tersebut?
Gambar diatas merupakan batu bersurat Terengganu, penemuan paling awal untuk Bahasa Melayu yang menggunakan Jawi.
Secara pantas, bilakah tarikh paling awal untuk dokumen Kristian yang tercatat menggunakan Bahasa Melayu? Adakah sebelum 1303?
Mari kita buat anggapan liar yang the Kitab salat as-sawai (Kitab rujukan Kristian) oleh Gregorio de Gregorus bertarikh 1514 adalah yang dokumen Kristian yang direkodkan di Malaya…..
Terdapat 211 tahun jaraknya…
Agaknya, terdapatkah kalimah “Allah” didalamnya? Mengambil kira Gregorio adalah seorang Portugis, saya berani mengatakan bahawa ianya kalimah “Deos”, bukan “Allah”…
Untuk mengetahuinya secara lebih dekat, seseorang itu harus ke London untuk melihat dokumen tersebut…
Tony Fernandes, bolehkah anda terbangkan satD ke sana? Jangan risau, satD tidak akan tinggal lebih lama seperti Chennais. Jika anda sanggup, bolehkah saya dapat satu tempat duduk di Old Trafford?
Bolehkah kita sekarang beranggapan kalimah “Allah” sebenarnya telah digunapakai sebelum ajaran Kristian datang ke bumi Tanah Melayu? Dan ianya bukan berasal daripada Bible berbahasa Arab diterbangkan khas dengan karpet terbangke tangan pendakwah Kristian di Tanah Melayu.. bukan?
Ya? Tidak?
Mari kita lihat sekarang bagaimana ianya (kitab Bible berbahasa melayu) ditulis…
Ingat lagi “jawi”? Masih teringat akan ketika waktunya kelihatan akhbar bertulisan jawi.. merangkak, tetapi “terasa akan kemelayuannya” apabila membaca jawi. Rindu pada waktu itu…
Bagaimana ianya datang ke Tanah Melayu?
Jawi berasaskan Arab datang ke sini melalui “perjalanan” yang agak jauh. Daripada Arab ke Parsi ke bahasa orang muslim di Utara India. Daripada India kemudiannya kepada Melayu. Pada peringkat tulisan itu diadaptasi oleh Melayu, banyak pengaruh unsur Arab telah pun ada dengan ditambah dengan cara percakapan muslim India.
Kebarangkalian pinjaman perkataan Arab kepada perbendahraan kata Melayu berserta tulisan dari Persia melalui India adalah tinggi. Akan tetapi, bukan ini sahaja sumbernya. Boleh juga dikatakan tersebar melalui hubungan terus dengan dunia Arab melalui aktiviti keagamaan, perdagangan, dan penyebaran ilmu.
Perkataan Jawi itu sendiri menjadi alat yang penting bagi pendakwah Kristian untuk menyebarkan dakwah mereka.
Pendakwah Kristian juga menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi untuk penyebaran dakwah Kristian dengan menterjemahkan Bible ke Bahasa Melayu . Sebagai contoh, sebahagian daripada penggunaan untuk menyebarkan Kristian kepada Melayu. Antara yang menggunakan Bahasa Melayu bertulisan Jawi adalah St. Francis Xavier, Claudius Thomsen, P.Keasberry, Shellabear dan Leydekker.
Sekarang, mari kita kembali kepada Batu Bersurat tadi… Di gambar itu tertulis:
RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua
Batu Bersurat ….penulis tidak diketahui..Mungkin moyang susur galur Din Turtle
NOTA: Tulisan yang dipekatkan adalah kata-kata yang dibulatkan warna merah di dalam gambar di atas.

Hijrat Nabi Mustafa Yang Prasida
Tujuh ratus Astha puluh sawarsa
Hajicatur dan dasa wara sukra
Raja Iman mardha rahmat Allah
Gusta barubasa empu Kedah Pasai Ma
Taruk tasih tanah samuha
Ilahi ya Rabbi Tuhan samuha
Taruh dalam swarga Tuhan tatuha.
Stutterheim, Morrison dan vdMolen cuba mentafsirkannya dan terhasillah 3 versi.
Stutterheim: Allah Ya Tuhanku, Tuhan Alam SemestaMorrison: Ya Allah, Tuhan dan Penguasa dari semuavdMolen: Ya Allah, Ya Tuhan dan Penguasa dari semuaFor detail readings on the translation go here(NOTA: Anda boleh membaca sendiri dari muka surat 37 hasil carian Google)






Salam ODS,
A commendable effort bro ! No hurry, yang penting hasilnya. Sekali u dah post, it will remain here in the cyberworld for all to see and refer.
btw arah tu tak puas hati lagi ke ?
ODS: Salam saudara dinturtle,
InsyaAllah, mudah-mudahan artikel-artikel ini akan membawa manfaat.
Tentang saudara “arah”, entahlah… pandangannya berbeza.. mungkin sebab ilmu kita tidak setingginya dan mungkin kita yang menentang tidak faham apa yang tidak patut dirisaukan…
usaha yang sgt bagus saudara ODS. semoga usaha saudara menterjemahkan artikel ini ke bahasa Melayu dapat memberi lebih impak dan kefahaman kepada masyarakat Islam khususnya di Malaysia.
Menjadi satu kewajipan bagi kita mempertahankan kalimah ALLAH ini.
Blog SJ kini memulakan penulisan berhubung ahli sunnah wal jamaah. Saya akan mengupas ASWJ sedikit demi sedikit agar masyarakat bukan sekadar berkata “kami ikut sunnah” atau “eh! Nabi tak buat macam tu pun?”. Apa yang dimahukan ialah agar umat Islam di Malaysia benar-benar faham iqtikad ahli sunnah wal jamaah.
layari : http://suarajagat.wordpress.com
ODS: Terima kasih SuaraJagat.
Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?
Saya ada syiling pada tahun 1392……di terengganu.sekarang saya menyimpannya.tak silap saya syiling ini berusia 718 tahun…….tulisan yang tertera saya tidak memahani sangat.padahal saya boleh membaca tulisan jawi.
ODS: 1392? Wah, pastinya pihak pengkaji sejarah meminatinya..
SYILING TU NAK JUAL TAK
Pingback: PAS: Bible Should Use “Tuhan”… Dispute Over word “Allah” Strikes Again « On Da Street