Pendahuluan
Isu kalimah “Allah” ini sesungguhnya telah berlarut berminggu lamanya dengan diselangi insiden-insiden yang menunjukkan betapa dengan kurangnya pemahaman dan penghayatan agama (baik sudut Islam mahupun Kristian dalam hal ini). Setahu saya, mana-mana agama tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan.
Pada pandangan saya, isu ini hanya disebabkan kurangnya pemahaman akan implikasi satu perkataan mudah iaitu “Allah”. Dan dalam perbincangan dan perdebatan yang agak terbuka di laman-laman blog, baik yang menyokong mahupun menentang penggunaan kalimah “Allah”, kebanyakan berkisar dari terjemahan terus God adalah Tuhan sehinggalah penggunaan ayat-ayat Al-Quran (malah Bible sekali).
Seharusnya, isu ini harus dilihat dari sudut bahasa dan motif disebalik terjemahan mahu dilakukan sedemikian rupa, bukan dari konteks politik mahupun mempersoalkan kepercayaan dan keimanan agama masing-masing.
Untuk itu, OnDaStreet merasakan nukilan-nukilan satD yang kebanyakannya santai berbahasa Inggeris wajar dibaca dan dinilai untuk pemahaman akan rasional disebalik terjemahan “God” kepada “Allah”. Saya akan mengolah semula beberapa nukilannya dalam Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian untuk bacaan dan rujukan umum.
Artikel 1 - The Leijdecker’ s Original Sin: Allah in “Malay” Bibles
Saya sememangnya tidak mahu melibatkan diri dalam perdebatan dan perbincangan dari sudut bahasa. Ini kerana saya tidak boleh merujuk kepada sumber utama yang hidup pada masa Bible diterjemahkan ke Bahasa Malaysia/Indonesia, mahupun mereka yang mampu memberikan bukti sebenar “Allah” telah mula digunakan sebagai kata ganti nama biasa bagi “Tuhan” dalam bahasa tempatan, bukannya nama khas bagi Tuhan Yang Maha Esa bagi umat Islam, selain daripada merujuk kepada Bible yang diterjemah daripada Bible versi Sir Francis Bacon. Perlu diingatkan juga bahawa Bible yang ada pada hari ini tidak ditulis oleh mereka yang hidup pada waktu Nabi Isa a.s. diturunkan.
Mari kita imbas semula punca permasalahan isu kalimah ini di Malaysia…
Penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Malaysia.. bila ianya bermula?
Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita mulakan dengan kalimah “Allah” yang dari sudut Bahasa Arab, bukan Bahasa Malaysia…
Adakah “Allah” kalimah yang menggambarkan tuhan dalam bahasa arab?
“Ilaah” bermaksud Tuhan dalam Bahasa Arab dan ianya bukan sekadar Tuhan, tetapi juga Tuhan yang disembah. Ini berbeza dengan “Raab” yang bermaksud Tuhan yang menciptakan, memberi dan lain-lain lagi. Inilah sebabnya, jika kita bertanya kepada penganut Kristian berbangsa Arab, “Siapa yang menciptakan langit dan bumi?”, mereka akan menjawab “Allah”, akan tetapi apabila ditanya siapa yang disembah, jawapan akan menjadi berbeza.
Sesetengah mungkin berkata kalimah “Allah” terdiri daripada dua perkataan, iaitu “Al” dan “Ilaah”, yang membawa maksud “Tuhan Yang Esa”. Adakah “Allah” nama biasa atau nama khas (contohnya nama anda sendiri)?
Kalimah “Allah”, menurut beberapa kamus bahasa arab, bermaksud “Sesuatu yang memiliki segala ciri kesempurnaan”, contohnya “Yang memiliki segala kesempurnaan dalam apa jua cara dan bentuk dan memiliki yang terbaik dan kualiti yang melampaui batas”.
Ini disokong oleh
- ayat 110 Surah Al-Israa, (yang bermaksud):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.”
- ayat 8 Surah Taha (yang bermaksud):
“Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.”
- ayat 180 Surah Al-A’raaf (yang bermaksud):
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”
Berbeza dengan pendapat popular tersebut, kalimah “Allah” seakan bukan gabungan kedua perkataan tersebut.
Jika ya, ekspresi “Ya Allah” secara tatabahasanya kurang tepat kerana dari sudut bahasa arab, apabila memanggil nama dengan “Ya” dan diikuti dengan “Yang” (atau bahasa inggerisnya “the” mengikut kesesuaian konteks bahasa inggeris dan Bahasa Malaysia), Al (iaitu seumpama satu gelaran) harus digugurkan daripada nama gelaran/panggilan. Sebagai contoh, kita tidak menyebut “Ya Ar-Rabb” tetapi sebutan yang betul adalah “Ya Rabb”. Maka, jika kalimah “Allah” adalah gabungan “Al” dan “Ilaah”, maka boleh dikatakan “Ya Allah” sebagaimana yang kita ucapkan.
(Nota ODS: Agak sukar untuk menterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia bagi perenggan di atas kerana jika dibaca dari sudut Bahasa Malaysia, seolah tiada isu.. mungkin kerana kelemahan saya)
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Maidah, ayat 3
Menurut terjemahan Bahasa Inggeris-Arab oleh Lane (yang berpandukan kamus klasik Bahasa Arab), di bawah kalimah “Allah”, sementara banyak menyebut sebutan yang betul.: Allah… adalah nama yang bersesuaian dengan Yang Wujud dan memiliki segala kesempurnaan, yang melambangkan Tuhan Yang Satu.. “Al” itu tidak terpisah, tidak juga disambungkan dari…
Makanya, kalimah “Allah” adalah nama khusus, tidak bersambung dari sesuatu , tidak terpisah juga dari sesuatu. Perkataan “Al Ilaah” (Tuhan Yang Satu) adalah perkataan yang berbeza.
Ini menurut sumber dari Allah the Unique Name for God, Muslim.Org.
Bagi pembaca yang kurang pemahaman Bahasa Arabnya, bagaimana kita mengucapkan kalimah shahadah?
Ashadualla Ilaah Haillalah ……. betul ………BUKAN Ashadualla Allah Haillalah……….
Terang? Jelas? OK.. mari kita sambung..
Sekarang, mari kita “kembara” ke negara yang mempunyai bilangan pulau yang banyak – Indonesia. Untuk makluman pembaca (yang mungkin ingat ingat lupa), Indonesia merupakan bekas jajahan Belanda, yang mana pada masa tersebut, penjajahan bukan hanya kerana perdagangan, tetapi juga penyebaran agama yang dianuti oleh penjajah berkenaan.
“Allah : Nama Tuhan dl bahasa Arab” [th e name of God in Arabic] (Kamus Besar Bahasa Indonesia, iaitu kamus rasmi kerajaan Indonesia).
“Allah : Keberadaan Tertinggi dalam agama Islam ” [The Highest Being in the Islamic religion] (Kamus Teologi Inggris -Indonesia oleh Henk ten Napel).
“Allah :tuhan bagi umat islam ” [the god for the people of Islam ] (Kamus Lengkap Inggris -Indonesia/Indonesia-Inggris Plus Idiom ).
“Allah : nama tuhan orang muslim ” [the name of the muslim's god] (Kamus Inggriss -Indonesia/Indonesia-Inggris)
Jadi, bagaimanakah kekeliruan ini mula timbul. Sukar digambarkan bagaimana satu perkataan begitu banyak maksud dan makna kepada 90% jumlah penduduk dan berbeza bagi 8% yang lain untuk negara Indonesia…
Bagaimana sekarang “Ms Confident”???
Ini bukan sahaja mengelirukan, malah sesuatu yang salah untuk penterjemah untuk menjadikan perkataan tersebut mempunyai maksud lain.
Siapakah penterjemah tersebut???
Mari kita lihat dari mana mereka ini belajar bahasa ini. (Antara perkara penting yang ternukil di artikel satD adalah):
“…. Minat terhadap pengkajian dunia Asia Tenggara di Belanda berhubung kait dengan ekonomi, agama dan fungsi politik oleh Belanda di Asia Tenggara. Ianya bukan satu kebetulan dimana kajian pertama ditulis oleh Frederick de Houtman, yang menyertai saudaranya, Cornelis, dalam pengembaraan kedua ke rantau ini dalam tahun 1598. Frederick kemudiannya ditahan oleh Acheh dan menjalani hukuman 2 tahun di mahkamah Sultan Acheh. Dia menggunakan masa ini untuk mengkaji bintang di Selatan Hemisfera dan juga Bahasa Melayu, dua perkara penting untuk pelayar dan pedagang Belanda di Asia Tenggara. Penguasaan tatabahasa dan perkataan menjadi asas untuk pengkajian bahasa ini untuk generasi yang seterusnya.
“… Secara luarannya, VOC berminat dengan bahasa melayu bukan sahaja kerana ia berfungsi sebagai perantaraan untuk perdagangan, tetapi juga untuk diadaptasikan untuk penyebaran agama Kristian, terutama sekali di Moluccas. Dalam kategori ini, terdapat beberapa pendakwah dari Belanda menerbitkan kamus bahasa melayu, sebahagian sebagai persediaan terjemahan Bible ke Bahasa Melayu. Melchior Leijdecker, penterjemah Bible juga menerbitkan kamus yang tebal; dan G.H Werndly menghasilkan terbitan untuk tatabahasa yang mengandungi kajian tentang kesusasteraan Bahasa Melayu.
Sumber: The role of Bijdragen in Dutch Indonesian studies A.TEUUW
Pasti pembaca telahpun membaca petikan-petikan di atas. Ingin bertanya.. jika Frederick ditahan di Acheh selama 2 tahun dan menghabiskan masanya di Acheh, apakah pada waktu itu penduduk Acheh menganuti Kristian? Bukankah Acheh juga dikenali sebagai Serambi Makkah? Apakah agaknya panggilan nama tuhan oleh orang Acheh?
Dan jika hasil kerja Frederick menjadi asas kajian untuk generasi yang akan datang, pastinya banyak dipengaruhi oleh Islam.
Sebelum kita ke perkara berkaitan dengan Leijdecker, mari kita lihat kronologi terjemahan Al-Kitab.
satD cuba mencari rujukan bebas yang lain selain daripada bergantung kepada versi yang diberi oleh Lembaga Al-Kitab. Yang menariknya dalam pencarian ini ialah satD akan merujuk kepada dokumen yang ditulis oleh penganut Kristian yang sudi berkongsi dengan kita akan kebenaran…
Berikut adalah hasi pencarian:
-
Dua Bible yang dihasilkan oleh Lembaga Al-Kitab adalah terjemahan yang paling korup dalam kebanyakan terjemahan Bible ke dalam bahasa lain.
-
Salah satu yang nyata memebimbangkan adalah penggunaan istilah Islam yang tidak sesuai. Saya tidak memaksudkan dengan perkataan arab yang telah menjadi sebahagian daripada Bahasa Indonesia dan betul betul penggunaannya, dan pada saya tiada masalah.Cuma, yang merisaukan adalah penyalahgunaan istilah Islam seolah-olah menunjukkan umat Islam terbabit dalam penterjemahan tersebut.
-
Dalam tahun 1731, terjemahan pertama Bible ke Bahasa Melayu/Indonesia dilakukan oleh Dr. Melchior Leijdecker……. Dialah orang pertama yang menterjemahkan God kepada Allah, Robert Hutchens dan J.McGinnis kemudiannya mendapati lebih kurang 10,000 perkataan dalam terjemahan Liejdecker’s yang tidak menepati paras biasa perbendahraan kata Bahasa Melayu pada ketika itu., Kamus Bahasa Melayu; pada masa itu kebanyakannya dalam Baahasa Arab dan Persia
Para pembaca boleh membaca satu bahan yang menarik - A Sharp Two Edge Sword for Indonesia oleh Dr Louis A Turk Missionary Baptist Church.
Jika anda telah membacanya, jelas apabila dia menyatakan:
sekumpulan Gereja di Indonesia mengubah perkataan Allah kepada Yahweh didalam kitab Bible terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia, dan Lembaga Al-Kitab membawa mereka ini ke mahkamah dan memenangi kes tersebut dengan alasan hakcipta terpelihara. Polis kemudiannya merampas Bible yang diguna oleh gereja-gereja tersebut….
Huh? Hanya dengan hakcipta terpelihara sahaja boleh menang kes?
Susulan selepas itu, Preacher Yeremiah Leonard kemudiannya membawa Lembaga Al-Kitab Indonesia ke mahkamah atas dakwaan mengelirukan penganut kristian Indonesia yang Yahweh adalah Allah……dia kalah dalam dalam kes tersebut kerana cuma institusi sahaja yang boleh menyaman Gereja, dan tidak individu. Jika anda mahu membaca prosiding mahkamah tersebut, bolehlah membacanya di sini, sini dan sini.
Agak menghairankan apabila saksinya yang pakar, Rev Yakub Sulistyo yang memberikan keterangan Tuhan bagi Kristian adalah Yahweh, bukannya Allah mengikut Bible yang asli dianggap “Sesat” dan ditendang keluar daripada Indonesia Bethel Church.
Amat mengelirukan…
Apapun, Yang Dipertuan Agong telah bertitah………Article 3.1 “keamanan dan harmoni” adalah penting
Kepada saudara muslimku, marilah kita lakukan apa yang Munshi Abdullah tidak mampu lakukan pada1832…
Nukilan OnDaStreet: Harapnya mesej asal artikel satD ini sampai kepada pembaca. Artikel-artikel seterusnya akan disiarkan kemudian dan diharapkan terjemahan ke Bahasa Malaysia ini (yang diolah kepada lebih formal untuk rujukan) boleh digunapakai.
Terjemahan ayat Al-Quran diambil daripada laman web UIA ini.
Terima kasih.