Selepas Aduka Teruna, Gutter Malaysia Pula…


Berikut adalah artikel HarakahDaily hasil nukilan Herman Samsudin:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa Polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kes menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

DPPWP berharap bukan Aduka Taruna sahaja yang disiasat dan didakwa, sedangkan orang lain dilepaskan. Rakyat akan melihat Aduka Taruna sebagai kambing hitam dan Polis akan dianggap berat sebelah jika siasatan menyeluruh tidak dibuat.

Semalam, DPPWP juga menerima beberapa maklumat lain yang turut melibatkan beberapa blogger lain termasuk cybertrooper Umno yang turut menyebarkan berita palsu serta menghina Almarhum Sultan.

Cybertrooper Umno, yang mengunakan nama Papa Gomo dalam Facebook telah menyebarkan berita palsu mengenai kemangkatan Sultan, walhal Baginda hanya disahkan meninggal dunia lewat petang 22 Januari lalu.

“Takziah buat seluruh kaum kerabat Sultan Johor atas kemangkatan Baginda Sultan pagi tadi”

Begitulah berita yang disebarkan oleh Papa Gomo pada hari berkenaan sedangkan pada waktu itu belum ada pengumuman rasmi dari Istana. Kata-kata beliau itu pastinya menguris perasaan rakyat yang mana Sultan belum mangkat tetapi telah dihebohkan berita kemangkatannya oleh Cybertrooper Umno yang tidak bertanggungjawab.

Selain beliau, seorang lagi pengguna lama Facebook, Pierre Lim telah mengunakan gambar Almarhum Sultan dan disyaki mewujudkan satu akaun Facebook atas nama Baginda dengan meletakan nota;

Seorang blogger lain yang mengunakan nama samaran “Gutter Malaysia” di url: guttermalaysia.blogspot.com/ telah membuat satu artikel biadap dengan tajuk “Sultan of Johor is Dead ! Bravo!”. Artikel ini bukan sahaja menghina Almarhum Sultan tetapi turut menghina penganti baginda dan, Sultan Ibrahim dan Allah.

Beberapa komen biadap juga terdapat dalam artikel berkenaan.

DPPWP mengesa agar Pemuda PAS Negeri Johor segera membuat laporan Polis terhadap kebiadapan ini kerana dikhuatiri perbuatan ini akan menjadi lebih buruk jika didiamkan.

DPPWP menyeru agar Umno Johor membuat laporan yang sama seperti 25 laporan Polis yang dibuat ke atas Aduka Taruna sebagai membuktikan bahawa mereka benar-benar sayangkan Sultan dan akan menghukum penderhaka Istana walaupun ianya Cybertrooper mereka.

Diharapkan Pasukan Siasatan Khas Polis membuat siasatan serius terhadap isu ini kerana diyakini, lebih ramai lagi yang menghina Almarhum Sultan tetapi belum disiasat.

DPPWP juga menolak penggunaan akta ISA dalam isu ini dan mahu ianya diselesaikan mengikut saluran perundangan di Mahkamah.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Di dalam laporan akhbar tersebut diselitkan gambar skrin yang diambil hasil perbuatan Gutter Malaysia, yang mana blognya kini telah dipadamkan. OnDaStreet tidak sempat berziarah ke blog berkenaan sebelum ianya dipadamkan. Mungkin Gutter menyedari akan “kesilapan”nya.

Walauapapun, nilai hormat dan budi bahasa seakan makin terhakis daripada antara nilai-nilai murni adab timur yang tersemai berkurun lamanya. Di mana hilangnya budi bahasa dan tatacara kita sebagai adab orang timur? Apakah ianya hanya akan sekadar menjadi dongeng dan “ganjil” di masa akan datang?

“Sebaran awal ucapan takziah”

Berkenaan dengan mesej dan khabar berita kemangkatan Almarhum Sultan Johor yang lalu yang tersebar di internet oleh orang awam (termasuklah blogger), pada pendapat OnDaStreet ianya harus dilihat dari konteks “semangat yang begitu berkobar-kobar” sehingga yang mungkin antara sedar atau tidak mungkin mengguris perasaan pihak yang terlibat. Secara peribadi, disinilah, khasnya untuk bloggers, pemberi komen dan pembaca harus menilai akan sensitiviti maklumat yang berada ditangan itu harus disebarkan pada waktu yang sesuai. Disinilah agaknya perbezaan media terkawal, bebas dan beretika. OnDaStreet mendapat tahu ada bloggers yang diberitahu akan perkembangan pada hari Jumaat tersebut, malah ingin diwar-warkan buat pengetahuan rakyat marhaein, tetapi masih menunggu saat dan ketikanya kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab dikeluarkan. Untuk mereka ini, OnDaStreet mengucapkan tahniah!!!

“Perkembangan Aduka Teruna”

Mengikut laporan mutakhir Berita Harian hari ini, Aduka Teruna akan direman untuk beberapa hari lagi. Apakah yang bakal dihadapi oleh Aduka, OnDaStreet mengharapkan biarlah isu ini ditangani sebaik-baiknya. Dan bagi kita, sedarlah, biarpun kita ini mungkin menganggotai pertubuhan agama, sosial atau pun rukun tetangga sekalipun yang memaparkan imej yang bersih, baik dan beretika, tidak bermakna kita “ada lesen besar” untuk mencaci maki ikut suka hati. Lebih menyedihkan apabila kita dikaitkan dengan organisasi yang berjuang demi agama. Haru dibuatnya. Bukan sahaja menjejaskan imej pertubuhan tersebut, malah mungkin ada yang mengaitkan dengan agama sekali.

Walauapapun, OnDaStreet merasakan isu Aduka masih 50-50 untuk menerima akibatnya. Dia telah meminta maaf, tetapi tidak tahulah samada maafnya ikhlas, kerana menurut beberapa artikel yang ditulis sebelumnya, personaliti dan keikhlasan Aduka Teruna agak diragui. Entahlah, tetapi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengatakan kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka.

Cuma, bak kata yang dipetik daripada DS Dr Rais Yatim – “penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.” Makanya, apakah kerabat Almarhum Sultan Johor yang lalu ingin menerima maaf atau tidak, terpulang kepada mereka, dan diharapkan rakyat Johor menghormati pendirian kerabat Almarhum Sultan.

Persoalan yang wajar difikirkan oleh kita dijalanan: Sebuah artikel bertajuk apa beza mampos & natang yang mana tidak lain daripada dikaitkan dengan isu di Terengganu dahulu (yang diulang tayang entah keberapa kali untuk mana-mana isu berkaitan dengan istana)..

Apakah orang terjun longkang, kita pun turut sama terjun longkang? Apakah orang lain membuat onar, ini juga menandakan kita juga diizinkan melakukan onar?

Gambar-gambar buat renungan…

Gutter Malaysia (sebelum terpadam)

Aduka Teruna

Aduka Teruna

Natang

Sumber Facebook 001

Sumber Facebook 002

Nilaikan… di mana letaknya nilai murni dan adab orang timur dikalangan rakyat Malaysia kini?

About these ads

2 responses to “Selepas Aduka Teruna, Gutter Malaysia Pula…

  1. Salam ODS,

    Mengenai Aduka, mamat tu dah terbiasa mencarut/ biadap hingga hilang sensitiviti dirinya kepada perasaan orang lain. Selama ni bila dia mencarut/biadap, dia dianggap berani, jantan, dan dia perasan dirinya sebagai pendekar melayu moden dialam cyber. Dek kerana di awangan terlalu lama, aduka telah melepasi sempadan toleransi orang Melayu, kini baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

    Kena ada hukuman walaupun dah minta maaf dan walaupun pihak istana sanggup memaafkannya. Ini sebagai pengajaran kepadanya DAN species2 yang sewaktunya. Mungkin tidaklah ketahap penjara atau RM… kerana kesalahannya dilakukan dialam siber, saya cadangkan Aduka di BAN / diharamkan dari membuka blog/fb atau seumpamanya atau memberi sebarang komen di dalam blog/fb atau seumpamanya selama 10 tahun.

    Dia mungkin boleh lakukannya juga secara rahsia tapi sekiranya di dapati engkar, barulah dihukum dialam nyata.

    ODS: Alamak din.. 10 tahun???? Lama tu.. memang menduga kesabaran… tetapi rasanya tidak perlu sehingga 10 tahun kerana entah-entah pelayar FB pun entah bertukar ke medium lain.. macam dulu mirc.. lepas tu friendster..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s