Siaran Langsung Malam Ini: Malaysia vs Laos (Sukan SEA Laos 2009)


Selama 20 tahun kilauan emas acara bola sepak Sukan SEA dirindui peminat bola sepak Malaysia. Kali terakhir Malaysia memenanginya adalah di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. Sejak itu, jika dapat melepasi peringkat kumpulan pun, kilauan emas, perak atau gangsa belum tentu dalam genggaman.

Malam ini satu lagi halangan perlu dilalui sebelum melangkah ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Laos. Malaysia perlu menewaskan tuan rumah, Laos sebelum bertemu samada Singapura atau Vietnam. Berikut adalah rekod pertemuan antara Malaysia dan Laos (yang diperolehi daripada FIFA.com):

Men’s ‘A’ Matches (F, CQ, CF, WQ, WF, CC)
  Home Away Total   Total Away Home  
Laos Laos               Malaysia Malaysia
  3 10 13 Matches Played 13 3 10  
  0 1 1 Wins 7 2 5  
  1 4 5 Draws 5 1 4  
  2 5 7 Losses 1 0 1  
  1 5 6 Goals for 35 11 24  
  11 24 35 Goals against 6 1 5  
Friendly
  Home Away Total   Total Away Home  
Laos Laos               Malaysia Malaysia
  3 10 13 Matches Played 13 3 10  
  0 1 1 Wins 7 2 5  
  1 4 5 Draws 5 1 4  
  2 5 7 Losses 1 0 1  
  1 5 6 Goals for 35 11 24  
  11 24 35 Goals against 6 1 5  
Edition Venue Date Match Stage
  Phuket 06/12/2008 MAS 3:0 (0:0) LAO  
2002 Singapore 22/12/2002 MAS 1:1 (1:1) LAO First stage
2000 Songkhia 07/11/2000 LAO 0:5 (0:3) MAS First stage
1998 Hanoi 28/08/1998 MAS 0:0 LAO Group matches
1997 Jakarta 14/10/1997 MAS 0:1 (0:0) LAO First stage
1993 Singapore 11/06/1993 MAS 9:0 (4:0) LAO First stage
1974 Bangkok 14/12/1974 MAS 2:2 LAO First stage
1974 [South Vietnam] 02/11/1974 MAS 0:0 LAO First stage
1972 Jakarta 09/06/1972 MAS 2:0 LAO First stage
1971 Kuala Lumpur 12/12/1971 MAS 5:0 LAO First stage
1969 Rangoon 06/12/1969 MAS 2:1 LAO First stage
1969 Bangkok 23/11/1969 LAO 1:1 MAS First stage
1968 Bangkok 24/11/1968 LAO 0:5 MAS First stage

 

Mengikut rekod, Malaysia kelihatan berpeluang cerah melangkah ke perlawanan akhir. Namun, harus diingat Laos merupakan johan peringkat kumpulan yang mengandungi Singapura dan Indonesia. Mereka menewaskan Indonesia 2-0 dan seri dengan Singapura 0-0. Ini bermakna Laos kali ini bukan pasukan kerdil seperti dahulu. Tambahan pula pasukan Malaysia menghadapi dugaan dengan beberapa pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini. Maka Malaysia tidak boleh leka dengan cabaran Laos. Lebih-lebih lagi, pastinya tekanan daripada penyokong-penyokong tuan rumah akan sedikit sebanyak mempengaruhi suasana perlawanan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery, rakyat Malaysia juga mahu skuad bola sepak kita meraih emas dalam temasya Sukan SEA Laos kali ini. Buktikan kemenangan ke atas Thailand tempohari bukan “api yang menyala sebelum padam”. Hanya satu perlawanan yang memisahkan kita daripada melangkah ke perlawanan akhir.

Ayuh pemain Malaysia! Anda boleh melakukannya.

Kepada rakyat Malaysia dan juga peminat bola sepak Malaysia, insyaAllah siaran langsung perlawanan bola sepak separuh akhir Sukan SEA Laos akan disiarkan di TV2 pada jam 8 malam ini.

Malaysia Boleh!!!

 

About these ads

6 responses to “Siaran Langsung Malam Ini: Malaysia vs Laos (Sukan SEA Laos 2009)

  1. Salam. Malaysia boleh! Harapan tinggi dari seluruh rakyat. Semoga pasukan bola sepak Malaysia dapat memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat.

    ODS: InsyaAllah. Mudah-mudahan!!!

  2. jom bet ods. malaysia menang 3-1

    ODS: Bet? Aiseh.. tak boleh betting. Nanti orang kata kita judi..hahaha..(sahaja bergurau)

    Tapi, untuk teka score, saya teka Malaysia menang tipis, 2-1 kerana mengambil kira Laos yang mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah. Pasti tekanan tinggi, dengan saya menjangkakan juga penonton akan lebih ramai kerana kita telah kalahkan Thailand.

  3. Mengharap kemenangan besar Malaysia ke-atas Laos.. Tv2 8.00mlm yeahhh

    ODS: InsyaAllah.. mudah-mudahan.. :)

  4. see ods, i told you so. haha. nak tau masa depan siapa lg? anuar? nik aziz? im from future~hahaha

    ODS: Hahaha.. good guess Doc. :)

  5. spa thu jadual prlawanan akhir ???? TQ

    ODS: Perlawanan akhir akan dijadualkan pada 17 Disember 2009.

    Jadual perlawanan dan keputusan acara bola sepak boleh didapati di sini.

    Terima kasih. :)

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s